Tentang Cikzacom

CIKZACOM MALAYSIA LIFESTYLE BLOGGER 

Cikza atau nama penuh NURUL HANIZA MOHMAD mula mencipta nama dalam online atau secara maya sejak 2009 . Sejak lama dulu menulis blog, tetapi tidak aktif. Pada awalnya banyak menimba ilmu blogging daripada adik sendiri, EZADIZZUDDIN yang juga seorang blogger. Kini Cikza.com adalah nama rasmi yang juga di pilih oleh rakan-rakan blogger yang seangkatan dengan Cikza. Cikza suka berkongsi cerita terutama bab resepi dan makanan. Hingga suami pun dah faham perangai puan isterinya.

Tentang Cikza

 

Pegawai Khidmat Pelanggan Adalah Tugas Hakiki Sehingga Harini

Sesuai dengan jiwa Cikza yang suka bertemu dengan orang ramai, Cikza memilih bidang Public Relation sebab ianya sebati dengan diri Cikza, selain tu, dapat menimba pelbagai pengalaman dalam kerja-kerja menghadiri event dan bertemu VIP, dari situ kita dapat belajar banyak manfaat yang sangat berguna, jika kita menghadiri, program-program blogger di sekitar Kuala Lumpur dan sebagainya.

Memulakan kerjaya sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan, di Sektor Badan Berkanun sejak tahun 2009 sehingga harini, bersyukur pegawai atasan ada memberi idea dan tunjuk ajar dalam bidang tugasan sebagai seorang PR.

Bersyukur jodoh Cikza merupakan seorang yang amat memahami dengan bidang tugasan seorang blogger, Dan secara kebetulan, kami bekerja di bawah satu bumbung, dan ini sangat memudahkan pergerakkan kemana sahaja.

Menggunakan niche Lifestyle Blogge, Cikza sangat memfokuskan dalam review produk, review makanan menghadiri tugasan majlis,  dan sebagainya. Respek Dan Rileks merupakan motto utama CIkza, kerana Cikza adalah seorang pesakit SLE ( Sindrom Lupus Erimatosus ) memerlukan Cikza sentiasa rileks dan positif dalam mengharungi dugaan kehidupan. Penyakit bukan alasan untuk Cikza nak buktikan yang Cikza boleh menjadi seperti orang lain. Doakan Cikza berjaya dalam bidang yang diceburi dan yang dipilih. Angan-angan nak buka Cafe santai! harap-harap menjadi kenyataan.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Artikel Berkaitan Cikzacom 

Artikel berkaitan :

CIKZA.COM BLOG BLOGGER LIFESTYLE YANG CEKAL DAN PASSIONATE