Cikza memang peminat setia masakan barat, terutama spaghetti ni. Lagi satu hobi Cikza memang suka mengolah resepi. Disebabkan bila hujung minggu kadang malas nak keluar, jadi cubalah puan isteri yang pemalas ni masak Spaghetti Aglio Olio versi Malas. Giler sedap tau! Laki aku pui habis!

Resipi Spaghetti Aglio Olio

Bahan-Bahan

  • 500gm Udang Sederhana Besar
  • 200gm Sotong
  • 3 Ulas Bawang Putih ( Cincang Halus )
  • 1/2 Ulas Bawang Holland ( Cincang Halus )
  • 5 Batang Cili Kering ( Hiris )
  • 1/2 sk Lada Hitam ( tumbuk separa lumat )
  • Garam / Sedap Rasa Maggi
  • 3 Sb Minyak Masak

Cara Penyediaan 

  • Rebus Spaghetti bersama 1 sudu minyak, setelah nampak dah masak, sila angkat dan toskan air.
  • Tumis bawang putih dan bawang holand sehingga naik bau harum semerbak
  • Masukkan udang, Sotong atau bahan-bahan seafood yang lain dan masak sampai naik bau. Dah naik bau, sila masukkan Cili kering yang dihiris alus tadi jika takde boleh guna Chilli Flake, if korang makan dominos pizza, kalau ada lebih Cili Flake jangan buang.
  • Masukkan Spaghetti yang telah ditoskan tadi, gaul rata, tabur garam/ Sedap Rasa, dan Lada Hitam dah masak terus hidang panas-panas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge