Bangun je pagi, terus rasa badan asben kakaq, panas pulak! tapi dia berkeras nak pergi kerja. Terus kakaq suruh asben rehat je kat rumah. Bukan apa, dah hujung tahun, bulan ni saja asyik tugas luar tanpa rehat. Sunyi kakaq tau.

Tapi semalam menyempat jugaklah kami p melayan Jumanji 2017waktu tu dia still terasa demam lagi, tapi nak jugak layan movie! Nak marah sebab dia belanja kan. Jadi layankan aje. Tapi sebelum nak masuk panggung layankan dia kritik orang lalu lalang kat depan mata. Tapi memang betul pun, macam-macam orang gak samalam kami jumpa.

Kalau dia sihat, memang sakat menyakat tu wajib die buat, boleh jadi kakaq menangis tau. Tapi bila die tak sihat ni, nak tengok die aktif pun payah. Terbaring je kat atas katil, Rindunya lah dekat gurauan dia.

Mujur harini, kakaq nak cuti tak boleh sebab ada kursus, cuma untuk Lunch ni kakak dah suruh orang delivery nasi hantar ke rumah terus, jadi tak delah kakak risau kalau dia sorang nanti. Setiap 1 jam mesti call atau hantar w/apps kat dia.

Dalam pada die demam pun, selera makan tetap win. Semalam dalam demam duk makan goreng pisang, keropok leko, mee goreng sepinggan, biskut lagi, air lagi. Harini request 2 bungkus nasi kak wok! mengalahkan orang sihat dia punya selera tu.

Harap En. Suami lekaslah sembuh. Rindu nau kakaq dekat senda gurau sakat menyakat, sayang menyayangi tu. Bila dia demam sunyi rumah.

 

4 thoughts on “Bila Suami Demam, Tapi Selera Makan Macam Ultraman Taro”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge