Asam Pedas Muar Ikan Tenggiri

Disebabkan Cikza suka sangat memasak, sebenarnya nak throwback lah! Cikza mula memasak since umo 12 tahun tau, Famili Cikza semua asal dari Muar, Johor.  Asam pedas pertama waktu tu memang kalau tak silap guna ikan kembung. Tapi waktu tu kecil lagi, but mama trust me, dia saja suruh masak Asam Pedas Ikan Kembung sebab setiap kali mama masak, mesti Cikza suka tengok atau bantu mama potong bawang dan sebagainya. Sebab tu sehingga harini Cikza suka jamu kawan-kawan kat opis dengan hasil air tangan Cikza sendiri

Asam Pedas Muar Ikan Tenggiri Sedap Ke?

Walau macam mana sekalipun, kita masak tapi Air Tangan Mak memang sangat win. Itu jika dia masak lauk kegemaran kita. Memang nasi tu bertambah-tambah tau. Tak noleh kiri kanan. Ibarat lantak kome nak cakap ape, double chin ke gemok ke hahah! Tapi sekarang semenjak kahwin ni Cikza sangat bersyukur bila Suami kita rajin bantu kita di dapur, kadang dia masak cincai pun jadi sedap tau.

Asam Pedas Muar Ikan Tenggiri 

Bahan-Bahan

  • 1 kg Ikan Tenggiri ( potong beberapa bahagian )
  • Daun Kesum ( 1 ikat kecil )
  • Air Asam Jawa
  • 2 sk garam
  • Minyak Masak

Bahan – Bahan ( Kisar )

  • 20 tangkai Cili Kering
  • 2 ulas Bawang Besar
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1/2 inch halia
  • 1/2 inch kunyit hidup

Cara Penyediaan 

  • Tumiskan bahan kisar sehingga garing dan naik baunya tau. Bila dah garing masukkan daun kesum kacau sampai naik bau.
  • Masukkan air asam jawa, dan biarkan didih.
  • Masukkan ikan dan tunggu sehingga masak. Jangan lupa bagi perasa garam takut tawar jer nanti.
  • Bila dah didih, ikan pun dah masak boleh hidangkan terus bersama nasi panas

 

6 thoughts on “Asam Pedas Muar Ikan Tenggiri Sedap Ke?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge