Resipi Bihun Goreng Abah Pedas Paling Sedap Dan Ringkas

Sebut je, bihun ada yang suka atau ada yang tak berapa suka, yang pasti Cikza memang suka jika dalam bihun tu penuh dengan ramuan yang Cikza berkenan. Semalam asben request nak bihun goreng. Apa lagi sepantas ultraman lah kakaq siapkan semua bahan-bahan yang patut.

Bagi Cikza, bihun yang abah Cikza masak adalah yang paling power sedap dan cukup rasa. Cuma Cikza buat biasa-biasa, bila rindu masakan abah, sediakan ramuan seperti abah buat dan masak. Cikza ni rajin nau ke dapur tengok abah masak. Harini Cikza nak kongsi resepi bihun goreng abah yang sama tapi tak serupa.

Resipi Bihun Goreng 

Bahan – A 

  • 1 peket bihun ( Direndam Hingga Lembut )
  • 500gm udang
  • 1 ikat sayur sawi
  • 1 ikat daun kuchai
  • 100 gm taugeh
  • 4 keping tauhu ( digoreng dulu )
  • 1 Peket Bebola Ikan
  • 3 s/b sos tiram
  • 4 s/b sos cili
  • 3 s/b kicap
  • 1 sudu gula
  • 1s/k garam ( ikut rasa )
  • Air

Bahan – B ( untuk kisar ) 

  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 2 s/b udang kering
  • 20 tangkai cili kering

Cara Penyediaan 

  • Tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga ranum dan wangi. dan jugak garing. Masukkan sos cillli, sos tiram, kicap, garam , gula dan sedikit air. Masukkan bebola dan udang dan biarkan mendidih .
  • Masukkan bihun dan kacau rata sekata bagi semua part bihun tu kena dengan rencah dalam kuali.
  • Perlahankan api, letakkan sayur sawi, daun kuchai, taugeh dan tauhu yang telah digoreng dan dipotong kecil. Goreng hingga masak.
  • Hidangkan bersama, sepotong limau dan makan ketika panas.

2 Replies to “Resipi Bihun Goreng Abah Pedas Paling Sedap Dan Ringkas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge