Korang tahu tak Lazada Malaysia akan buat Online Revolution Sales bermula pada 11 November sehingga 14 Disember 2017 nanti? Tak tahu? Korang rugi kalau tak tahu. Sebab banyak benda menarik yang akan tiba. Lagi pulak sangat sesuai untu mereka yang kaki nyopping online ni!

LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST

Untuk Keterangan Lanjut | KLIK PADA BANNER TERSEBUT

 

Baru-baru ni dapat emel dari Lazada, ghupanya ada contest daebak yang wajib korang join untuk para blogger. Lagi banyak korang join, maka lagi banyaklah hadiah korang akan menang tau. Sebab bilangan hadiah akan bertambah jika peserta  akan bertambah.  Jom scroll sampai bawah kita lihat siapa yang kenaaa!!!

Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience? ( Adakah anda ingat produk pertama yang anda beli melalui atas talian? Apakah ia dan bagaimana pengalaman anda? )

Pertama kali membeli belah dengan Lazada memang best! lagi pulak perasaan berbaur risau pun ada takut apa yang kita nak tapi dapat apa yang kita tak nak. Sebagai seorang blogger jadi wajib perlu ada keperluan seperti Pertama Kali Membeli Monopod & Shutter Bluetooth Secara Online Di Lazada waktu tu tawakal je, dapat yang jenis macamana sebab harga jauh lebih murah dari pasaran luar.

Pengalaman bila dah dapat barang tu, memang terbaik. Menepati apa yang Cikza mahukan. Sememangnya barangan tersebut jauh lebih murah dari pasaran luar. Sehingga kini Cikza masih guna barang-barang tersebut kerana sehingga harini ianya tahan lasak penggunaannya. Tak rugi membeli belah di Lazada.

Which types of products would you prefer buying online? (Apakah jenis produk yang anda cenderung untuk membeli atas talian?)

Cikza sememangnya suka usha barang rumah seeprti untuk bilik tidur, ruang tamu, atau lagi mudah kelengkapan rumah. Sebab semuanya terpapar apa yang Cikza mahukan dan sesuai untuk deko rumah Cikza duduk sekarang.

Selain daripada tu, Cikza juga membeli barangan mekap pun secara online, lagi pulak mudah pantas semuanya di hujung jari. Sebab Cikza tidak cerewet dalam pemilihan warna serta jenama yang ada. Asalkan murah dan berbaloi itu dah cukup untuk Cikza capai buat bayaran.

What do you love about online shopping? (Apa yang anda suka tentang membeli di atas talian?)

Sebenarnya membeli atas talian ni, lagi mudahsebab zaman sekarang semuanya terletak di hujung jari. Tapi apa yang buat Cikza suka adalah disebabkan :-

  • Jimat Masa Semuanya Dihujung Jari – Cikza hanya bukak lazada waktu lunch untuk memilih barang apa yang diperlukan. Tapi kalau kat kedai, Cikza suka buat 10 kali tawaf baru dapat apa yang Cikza nak. Real Buang Masa! Dengan Online sangat mudah dan pantas Pilih dan terus buat bayaran.
  • Jimat Minyak Kenderaan – Ini Paling win! Beli barang online lagi mudah, tanpa perlu nak redah jalan sesak waktu kemuncak, beratur panjang-panjang, pening cari parking. semuanya tu buat menghabiskan minyak kereta je tau.
  • Bayar Waktu Barang Terima – Ini paling Cikza suka, sebab bila kita buat bayaran sewaktu barang diterima, dekat situ jugak Cikza selalu buka parcel depan penghantar barang tersebut. Sekurangnya bila rosak dan sebagainya, Cikza tidak dipersalahkan kemudian hari,s ebab saksi ramai.

Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales? ( Apakah produk yang anda beli atau ingin beli di Lazada semasa Online Revolution sales? )

 

 

FX1000 Tefal Fry Delight 0.8 kg Meca White Air Fryer

Ni lah yang Cikza mahukan. Sebenarnya dah lama berangan nak guna Air Fryer ni. Sememangnya TEFAL pilihan jenama yang Cikza mahukan. Sebab semuanya mudah dalam satu periuk tersebut, boleh baking, cooking, menggoreng tanpa minyak. Memang Mudah dan Pantas.

Jika tengok harga asal RM899 bila dah less, Cikza boleh save 41% sebanyak RM529 jimat sebanyak RM370. Penghantaran pun taklah mahal sangat RM7.50 sahaja. Lagi pulak sekarang ni, saranan doctor kena kurangkan makanan berminyak dan menggoreng, heheh! jadi bertepatan lah dengan keinginan Cikza nak sangat White Air Fryer ni.  Jadi korang yang tetengah usha nak beli barang apa tapi tak tahu klik – Panduan Pembelian Online Lazada   

Kepada blogger partner, jangan lengah-lengah draft entry contest ni, sama-sama kongsi sama-sama menang heheh! Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan? 

Jangan lupa tunggu 11 November nanti ok!

4 thoughts on “LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge