Lunch Sedap Di Cheese Banjir Memang Padu Dan Terangkat Habis

Restoran Cheese Banjir di Desa Pandan sekali lagi jadi tumpuan Cikza, memang kelainan sangat, sebab kalau terasa nak makan western dah bazir masa nak tunggu malam. Tapi berlainan dengan Kafe yang Cikza terjah kalini. Jangan kata western tapi hidangan lunch pun ado tau! Apa yang menarik kat sini, sila baca sampai habis!

Tujuan utama nak ke situ, dah set dalam mind, cuma nak rasa kesedapan Cheese Banjir yang dah jadi viral social media tau. Berpunca dari Entry Cheese Banjir Ben Ashaari lah ni. Makin gemok jugak Cikza dibuatnya nanti. Diberi peluang untuk mencuba bersama Team KBBA9, Apa yang menariknya disini rupanya dah tak tahu nak pilih yang mana satu, sebab menu hidangan yang disediakan pun semuanya yang Cikza suka. Jadi kita minta Abang Mamu suggestkan yang mana paling sedap.

Konsep Kafe Yang Santai & Tenang

Terletak di Desa Pandan, satu bangunan bersama apartmen dan bersebelahan Restoran Shell Out. Kafe tersebut memang mudah nak cari. Lagi pulak parking pun senang. Melangkah masuk je, korang akan di sambut mesra oleh semua staff yang ada tau, terasa begitu dihargai waktu tu. Konsep kafe yang santai memang santai. sesuai korang yang nak dating atau nak buat tugasan kerja ke.

Kafe ini sentiasa menjaga kehendak pelanggan, dan juga sentiasa mengutamakan pendapat pelanggan, apa yang menariknya disini, setiap makanan yang terhidang mempunyai portion yang besar dan cukup untuk 2 orang sekali makan. Yang bagusnya servis disini, setiap kali habis hidangan kita jamah, staff mereka akan bertanya pendapat dan tentang mutu servis daripada mereka.

Meatball Naga Berapi

Meatball Naga Berapi adalah tarikan utama untuk Bulan November dan Harga satu hidangan mencecah RM250. Berbaloii!!! kenapa Cikza kata berbaloi kerana satu hidangan ni sebenarnya mampu menampung 10 perut yang ada. Jadi rancanglah perkongsian itu lebih afdalll! Tapi bak kata abang mamu, portion ni ada yang 2 orang makan pun bole hadap! adoi, cemana lah gagahnya dorang berdua jenuh nak habiskan setalam besar ni. Apa yang menariknya

Meatball Naga berapi ni, Didatangkan lapisan luar adalah Meatball yang sedap seakan patty burger, manakala inti didalam adalah spagetti bolognaise yang di gaul bersama cheese yang betul-betul padu. Susunan kentang lenyek bersama black pepper dan udang goreng tepung yang padu. Salad yang segar dan kentang goreng pun di tabuh cheese bersama memang padu dan terangkat habis.

Asam Pedas Aquaman 

Asam Pedas Aquaman, Apa yang korang nampak itulah hidangannya. Dihidangkan dalam claypot untuk mengekalkan rasa panas lagi. Dan Asam pedas tersebut dihidangkan bersama kepala ikan tenggiri yang segar. Rasanya memang umphh! tak berapa pedas, cukup syarat semuanya.

Dan yang paling penting kepekatan kuah tersebut memang menyengat. Lagi sedap bila pekena bersama Nasi putih, ulam, sambal belacan dan telor asin. Portion Asam pedas tu sebenarnya boleh di jamah untuk 2 atau 3 orang pun dan sangat berbaloi.

Udang Gorgon Butter 

Cikza memang peminat setia udang, Harga yang Cikza tengok setanding dengan portion hidangan yang diberi. Udang yang segar di goreng bersama resepi rahsia yang sememangnya sedap dan masih kekal lagi keranggupan, dan garing yang ada.

Terdapat sesetengah hidangan berasaskan udang goreng tepung, ada ketikanya kegaringan yang ada tu hilang, berbanding di kafe ni, masih mengekalkan kesedapan dan garing udang tersebut.

Lamb Grill The Hulk

Lamb Grill The Hulk! Juicy nau cheese dalam gambar tu, hakikatnya apa yang korang lihat dalam menu itulah yang korang akan dapat. Lagi pulak Daging Kambing segar yang di peram bersama sos marinated yang lama. Memang padu rasanya. Portion didatangkan bersama spagetti, salad dan Mashed Potato bersama sos Lada Hitam yang betul-betul hot!

Cheese di curah atas Lamb grill tersebut bagi memberi kelainan untuk hidangan ni, jarang kita lihat contoh hidangan sebegini, adapun Lamb atau chicken Chop yang dihidangkan bersama Cheese cheddar yang di letak sekeping atas daging atau ayam tersebut rasanya nampak seakan biasa berbanding disini. Memang tak kedekut Cheese tau.

Makan Sudah! Kenyang Pun Sudah! Tiba Masa Berangkat Pulang Dengan Membawa Perut Yang Sebu! 

Terima kasih Encik Mamu dan partner dengan layanan yang diberikan. Makanan semua sedap dan berbaloi. Lepas ni boleh Cikza datang lagi bawa famili pula. Kami semua dah mencuba beberapa hidangan yang ada, ternyata bukan nak tipu! memang padu dan terangkat habis, Cheese pun tak kedekut memang kaw dan padat lah kan. Itu baru suku hidangan belom hidangan yang lain, rasa-rasa memang dah tentu sedap lah kan. Jadi tak nak cite banyak, korang yang rasa nak terjah bawa famili tengok detail dibawah.

Restoran Cheese Banjir
Alamat : Lot G10, G-Village, Jalan 1/76D, Desa Pandan, 55100 W.P Kuala Lumpur
Waze : Cheese Banjir
Telefon : 017-252 0031
Waktu Operasi : Setiap Hari (10.30 pagi – 10.30 malam)

 

 

 

31 thoughts on “Lunch Sedap Di Cheese Banjir Memang Padu Dan Terangkat Habis”

Leave a Reply to cikzacom Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge