Tips Berkesan Untuk Lulus Dalam Ujian Pemanduan JPJ

Teringat waktu muda-muda masa nak ambil ujian memandu, waktu tu 2 kali terkandas. Kalau tak silap part terkandas tu bila ujian di Jalan Raya. Yang part-part lain semuanya perfect. Alhamdulillah. Tapi Cikza ni, bukanlah level-level pro mana pun. Mana tahu, bila ada yang baru nak belajar kelas memandu, boleh Cikza berkongsi dengan korang semua.

Part Ujian KPP 

Sebelum korang nak bermula ujian di atas jalan raya, wajib ambil ujian komputer dahulu. Jika markah diberikan lulus untuk ujian komputer, seterusnya korang boleh ke latihan-latihan seperti Parking, Ujian menaiki Bukit, Tiga Penjuru. Agak-agak dah hafal semua yang ada dalam buku ujian memandu tu?

Jom semak ketangkasan Korang – Ujian KPP Berkomputer 

Dengan laman web ini, korang boleh membuat latihan soalan pada Ujian Buta, Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C yang ada pada ujian kpp sebenar. Soalan yang ditanya termasuk papan tanda, undang-undang, soalan sistem kejara dan sebagainya. Jawapan ujian komputer lesen memandu akan ditunjukkan segera setelah korang mencuba soalan yang diberikan. Semoga anda dapat skor 42/50 dalam ujian sebenar.

Part Ujian Menaiki Bukit

Ujian Menaiki Bukit | Sumber Google

Ramai pelajar yang buat silap masa part ni , Cikza masa mula-mula belajar pun banyak kali kena maki dan kena marah dengan penyelia tu sebab tayar tak kena garisan kuning . Berikut adalah cara yang betul untuk korang lalui mimpi ngeri ni.

  • Buang perasaan gemuruh dan fikirkan yang korang yakin  boleh melakukannya.
  • Pastikan anggota badan anda berkeadaan yang selesa serta mudah untuk membuat pijakan pedal minyak , brek dan clutch
  • Tenang! Gunakan pacaindera anda untuk mengetahui keadaan deruman enjin dan kawalan minyak semasa menaiki bukit .
  • Apabila gear sudah dimasukkan dan kereta sudah bergerak , pastikan kawalan minyak dapat dikawal dengan baik  tidak terlampau laju atau tidak terlampau perlahan . Kalau terlalu perlahan, besar kemungkinan kereta anda tidak dapat menaiki bukit dengan sempurna .
  • Semasa kenderaan bergerak naik ke atas bukit , gunakan mata dan hati korang ini kerana 2 saat sebelum tiang pertama, korang perlu berhenti untuk meletakan tayar ke dalam petak kuning dengan sempurna, selaras dengan cermin tingkap sebelah kanan korang. Penting! Mata amat diperlukan disini .
  • Pastikan 5 saat sebelum sampai ke tiang pertama , kaki kiri  bersedia untuk menekal pedal clutch ini kerana , ramai pelajar yang tidak sempat untuk menekan clutch dengan pantas .
  • Bila terasa cermin sisi kanan kenderaan sudah hampir dengan tiang pertama , dengan pantas korang menekan clutch berserta brek . Jika korang berjaya meletakkan tayar kereta didalam kotak kuning dengan sempurna, pastikan gera dalam keadaan “free” sebelum mengankat tangan.
  • Semasa menuruni bukit , tidak perlu risau sekirannya mati enjin, markah tidak akan diambil kerana JPJ akan memberikan markah hanya untuk meletak tayar ke petak kuning.

Part Ujian Parking 

Ujian Parkir Kenderaan | Sumber Google
  • Gerakkan kenderaan korang dan rapatkan kekiri sedikit sehingga cermin sisi belah kiri tempat duduk belakang betul-betul dalam berkeadaan “Tengah” selari dengan tiang pertama parking .
  • Pusingkan stering kereta korang kearah kiri sehingga habis dan undur secara perlahan-lahan sehingga tayar belakang kereta berukuran 2 tapak sebelum garisan putih
  • Berhenti dan pusingkan stering anda ke arah kanan  sehingga habis dan undur secara perlahan (confirm punya korang boleh masuk dalam petak tu dengan sempurna) 
  • Pastikan kepala kereta ( hadapan ) tidak kena dengan tiang pertama , dan masuk secara perlahan-lahan. Yakin Boleh!
  • Undur kan kereta dengan perlahan tapi jangan sampai terlanggar tiang belakang , beri sedikit ruang belakang dan pusingkan stering kearah kanan sehingga habis dan gerakkan kereta ke depan sehingga berada di tiang hadapan ( Jangan sampai terlanggar pula ) 
  • Masuk gear mengundur ( reverse ),  biarkan stering dalam keadaan arah kekanan. Undur sehingga ketengah-tengah kotak , dan korang boleh angkat tangan ke arah JPJ.
  • Akhirnya korang dengan penuh bangga keluar je dari kotak parking , kerana itu menandakan korang sudah berjaya melakukannya.

Part Ujian Tiga Penjuru 

Ujian 3 Penjuru | Sumber Google
  • Pergerakkan satu
    • Korang masuk secara serong , untuk mendapatkan 3 pergerakkan dengan sempurna , semasa memasuki secara serong cuba rapatkan kenderaan kearah kiri sedikit ( jgn sampai terkeluar garisan ) dan pusingkan stering ke arah kanan, Jangan lupa brek.
  • Pergerakkan kedua
    • Tekan clutch masuk gear reverse , pusingkan stering  kearah kiri dan undur secara perlahan-lahan
  • Pergerakkan Ketiga
    • Bila kereta dalam keadaan lurus, terus keluar dari kotak ujian 3 penjuru.
    • Jangan tunggu untuk angkat tangan , kerana ujian 3 penjuru ini tidak perlu korang mengangkat tangan ) hanya pastikan JPJ memberi kebenaran anda untuk keluar.

Semoga ianya bermanfaat, tips dari cikza pastikan sebelum nak pergi ujian berkomputer, sila ulangkaji dengan teliti. sebenarnya soalan yang ada dalam ujian KPP itu berulang. sebelum nak masuk ujian KPP tu, pastikan hati korang tenang.

JOM ENJOY LAYAN DRAMA DRIVING SCHOOL

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge