Spaghetti Bolognese Mudah Dan Ringkas

Semalam balik rumah mama, bila adik bisik nak makan Spaghetti Bolognese, memang susah kalau si kakaq nak menolak permintaan adik yang buat muka ala comel. Tak sampai hati nak kata tidak, kebetulan mama ajak pergi beli barang, then kakaq nak balik ke Langat peluk laki tak boleh sebab hujan kan, Beli apa yang sempat dicapai je.

Untuk pengetahuan sebelum kakaq nikah dengan suami yang acah hero tamil tu, memang setiap malam minggu kami dua beradik akan buat projek menternak lemak selepas jam 12 tengah malam. Tetengah rancak berborak, sampai je rumah terlupa pulak nak beli daging kisar. Aduh! tapi usah khuatir, kalau nak tahu bahan apa yang boleh menggantikan daging kisar sila baca sampai habis. Kalini Cikza nak buat Spaghetti versi tak cukup bahan asal boleh 

Spaghetti Bolognese Mudah Dan Ringkas

Bahan-Bahan 

  • 5 batang Sosej Ayam / Daging *kisar separuh halus 
  • 1 Tin Cendawan Butang *kisar separuh halus
  • 3 s/b Cili Boh ( Bawang Merah/Bawang Putih/ Cili Kering)
  • 1 peket Bebola Ayam
  • Daun Parsley
  • Prego Cendawan Marinara / Original paste
  • Prego Spagetti
  • 2 Keping Keju Cheesedale
  • Minyak
  • Garam
  • Air Secukupnya

Cara Membuatnya

Untuk Sos Bolognese 

  • Panaskan Minyak tumiskan cili boh tadi sehingga garing, masukkan sosej yang telah dikisar separa halus dan kacau terus. Masukkan Cendawan yang telah dikisar dan gaul rata.
  • Masukkan prego dan tambah sedikit air. Biarkan selama 3 minit.
  • Masukkan Bebola Ayam/ Daging, garam sedikit. Biarkan selama 5 minit.
  • Masukkan Daun Parsley dan Biarkan sehingga Masak
  • Tutup api, utk tambahan, masukkan kepingan cheese yang dah di carik  dalam sos dan dibiarkan.

Untuk Spaghetti 

  • Panaskan Air, masukkan minyak zaitun sedikit.
  • Rebus prego spaghetti sehingga masak
  • Angkat dan toskan.

Catatan Cikza : Jika korang terlupa nak beli daging kisar, boleh guna bebola ayam atau sosej, cuma perlu kisar je. Jika korang tak punya cukup bahan seperti oregano basil, Cikza sarankan beli Prego Cendawan Marinara.

 

2 Replies to “Spaghetti Bolognese Mudah Dan Ringkas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge