Setahun Bersama Team Kelab Blogger Ben Ashaari Yang Awesome

Sebenarnya bukan entry bodek atau sebagainya tapi, adalah entry terima kasih buat sahabat seperjuangan samada yang bersama team Kelab Blogger Ben Ashaari atau tidak. Khas yang terutama buat Founder KBBA9 yang Cikza panggil Aben ( Ben Ashaari ). 

Mac 2016 Pembuka Lembaran Baru 

Bermula terbaca status Abang Ben, waktu tu terlantar kat katil HUKM tau. Terus PM Aben cara nak join team #KBBA9. Lantaklah apa orang nak kata, sebab ada suara-suara negatif yang tak sedap didengar. Niat bertujuan nak mebangkan network dan belajar asas blog sahaja. Tapi sebenarnya bila kita kenal sendiri seseorang tu, baru kita boleh faham dengan situasi beliau.

Bertemu dengan rakan blog baru dalam ni, memang frasa yang dilalui oleh mereka yang bergelar orang baru. Tapi tak kisah itu untuk suka-suka je. Cikza bermula dengan nama pelik tapi bila rebranding semula kekal sehingga harini dengan bantuan rakan-rakan yang ada.

Semangat Berjemaah 

Trust me again, ini yang Cikza cari sebenarnya. Di KBBA9 banyak yang Cikza pelajari, benar tagline yang di guna “Bukan Sekadar Blogger” Setiap ahli KBBA9 mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing di media sosial dan blog secara amnya, namun disebabkan disiplin dalam gerak kerja berjemaah yang diamalkan oleh KBBA9 sejak awal-awal lagi, ternyata keputusan yang dibuat lebih memberi impak yang besar.

Sebab utama dalam team bukan sahaja dari suri rumah bahkan polis berpangkat inspektor pun sanggup menghabiskan masa untuk berkongsi cerita-cerita menarik buat semua. Part paling best bila kita berkongsi entry tu. Semangat team saling meninggalkan jejak sebagi tanda penghargaan. Dan tugas kita pula adalah sebagai membalas kunjungan semula. Kerana itu adalah kekuatan untuk kita membina networking yang berjaya. Sebenarnya CIkza merupakan SILENT READER 

CIKZACOM Idea Dari Kalangan Teman KBBA9

Berterima kasih kepada Dua orang Cikgu pengajar yang juga teman seperjuangan yang sentiasa membantu dalam memantapkan blog. Cikgu Sohoque dan Cikgu Hafiz Rahim, merupakan pengajar Cikza sewaktu awal-awal berjinak dalam dunia WordPress – Kelas Belajar Buat Blog Secara Santai   

Selepas Setahun KBBA9 Buat CIKZACOM Semakin Dikenali 

Program U-Mobile Raya
Program Boling Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari
Jom Gegar Siber Bersama PTPTN
Kelab Blogger Ben Ashaari – Matic, Jalan Ampang
Aktiviti Bersama Nu Skin
Penggambaran Tumit Tinggi Terbitan RTM 1
Famili Day KBBA9 Di Legend Beach Resort, Cherating

Terima Kasih KBBA9 Dengan Pengalaman Dan Tunjuk Ajar Yang DIberi Dan Dikongsi Bersama Sehingga Harini.