Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Dah 8 tahun berkecimpung dalam bidang penulisan blogger, tapi beberapa tahun setakat on-off untuk update blog. Selebihnya tiada kemampuan atas sebab kesihatan. Tahun 2016 target fokus menaikkan jenama Cikzacom. Walaupun rakan seangkatan dahulu telah banyak mencipta nama. Tapi Cikza masih lagi bertatih untuk memantapkan selain menimba ilmu kepada blogger otai yang sudi memberi tunjuk ajar.

Bila Blogger Labuan iaitu Sofinah Lamudin  buat Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia, sebenarnya ini adalah peluang untuk kita berkenalan dengan blogger-blogger yang seangkatan dengan kita sambil berkongsi ilmu. Semoga usaha murni ini diteruskan. Jom pada mereka yang ingin berkenalan dengan Cikza, sila baca sampai habis.

CIKZACOM MALAYSIA LIFESTYLE BLOGGER 

Salam kenal semua. Cikza atau nama penuh NURUL HANIZA MOHMAD mula mencipta nama dalam online atau secara maya sejak 2009 . Sejak lama dulu menulis blog, tetapi tidak aktif. Pada awalnya banyak menimba ilmu blogging daripada adik sendiri, EZADIZZUDDIN yang juga seorang blogger.

Kini Cikza.com adalah nama rasmi yang juga di pilih oleh rakan-rakan blogger yang seangkatan dengan Cikza. Cikza suka berkongsi cerita terutama bab resepi dan makanan. Hingga suami pun dah faham perangai puan isterinya.Cikza seorang yang suka gelak, happy go lucky dan jenis mudah mesra dengan orang. Siapa yang tak kenal dengan Cikza orang akan fikir yang Cikza ni sebenarnya sombong.

Tentang Cikza

Pegawai Khidmat Pelanggan Adalah Tugas Hakiki Sehingga Harini

Sesuai dengan jiwa Cikza yang suka bertemu dengan orang ramai, Cikza memilih bidang Public Relation sebab ianya sebati dengan diri Cikza, selain tu, dapat menimba pelbagai pengalaman dalam kerja-kerja menghadiri event dan bertemu VIP, dari situ kita dapat belajar banyak manfaat yang sangat berguna, jika kita menghadiri, program-program blogger di sekitar Kuala Lumpur dan sebagainya.

Atasi Rasa Gugup Dengan Berfikiran Positif dan Berzikir

Memulakan kerjaya sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan, di Sektor Badan Berkanun sejak tahun 2009 sehingga harini, bersyukur pegawai atasan ada memberi idea dan tunjuk ajar dalam bidang tugasan sebagai seorang PR.

Berjuang Sehingga Harini  Sebagai Pesakit SLE ( Sindrom Lupus Erimatosus )

Di diagnos menjadi pesakit SLE pada tahun 2010 memberikan impak negatif dalam kehidupan Cikza. Bukannya apa, pada awalan Cikza sendiri tak menyangka penyakit senyap tu dah lama menjadi sahabat bersama Cikza sejak di bangku sekolah lagi, Memang pada awal Cikza mengakui ketika di bangku sekolah, Cikza mudah terkena serangan demam yang teruk , tapi itu tidak menyangkakan yang rupanya itu adalah permulaan awalan SLE bertapak dalam badan ni . ( Kronologi Cikza Sebagai Pesakit SLE ) 

Rutin Bulanan – SLE Penyakit Dalam Diam

Walaupun Cikza ada SLE namun rasanya semua tu bukan penghalang nak melakukan aktiviti yang diidamkan, namun berpada-pada. Walaupun ianya dihalang oleh doktor, tapi berpegang pada keyakinan dalam melakukan satu perkara yang diinginkan, jika kita positif maka positiflah jawapannya, dan jika ianya negatif dalam diri kita maka apa yang dirancang semuanya negatif. Kehidupan hanya sekali, jadi hargai sebaik mungkin, penuhi dengan kehidupan dengan warna-warna ceria.

Kehidupan Lebih Baik – SLE Penyakit Dalam Diam

Berterima kasih kepada keluarga yang sentiasa memberi semangat, termasuk kawan-kawan yang banyak memberi semangat serta sanggup beri suplement percuma kepada Cikza, tapi tak semua yang Cikza boleh makan semua atas saranan doktor. Jasamu tetap lah Cikza kenang sampai bila-bila terutama keluarga Cikza sendiri.

Salam kenal buat blogger-bloger baru dan lama. Semoga kita dapat saling bertukar ilmu dan kekal sebagai rakan seangkatan sampai bila-bila…


SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA by Sofinah Lamudin

 

Kepada korang yang nak join boleh klik Link dibawah, ikut aturan yang disediakan tau.
Untuk menyertai Segmen ini,

💟 Follow blog di bawah :
💕 www.sofinahlamudin.com<<klik
💕 www.sopheestudio.com<<klik
💕 labuanblogger.blogspot.my<<klik

💟 Follow instagram di bawah :
💕 @sofinahlamudin<<klik
💕 @jejakmoment<<klik
💕 @sopheestudio<<klik
💕 @labuanblogger<<klik

💟 Sertai group facebook di bawah :
💕 Komuniti Labuan Blogger<<klik
💕 Reading Section<<klik