Sardin dah sinonim dengan keluarga Cikza sejak kecil lagi. Jika dulu harga bermula dengan RM 4++ satu tin kini dah mencanak naik RM8++, Tapi itu bukan alasan untuk katakan tidak pada sardin yang menjadi pilihan sehingga harini Ayam Brand. Tapi harini, disebabkan kurang sihat, badan pun dalam kemalasan. Ada je yang request suruh buat resepi pelik-pelik untuk kudapan malam.

Bukak peti ais yang ada cuma telur, daging burger, roti. Apa Nak Buat??

Bukak peti ais yang ada cuma telur, daging burger, roti. waktu tu jugak teringat ada baked bean dalam almari dapur. Pilihan utama semestinya Ayam Brand.  fuh! macam-macam idea datang kat dapur. Rupanya macam-macam hidangan boleh disediakan dengan menggunakan produk ayambrand. if darurat pun, makan baked bean begitu sahaja dah kenyang. Kalau pergi mana-mana hotel, pasti korang nampak baked bean kan. Ada pulak sosej rasa dah complete.

Sandwich Baked Bean Simple Bujang Style Versi Tak Suka Sayur

Bahan-Bahan 

  • 2 keping Roti
  • 2 biji telur ( buat scramble egg )
  • 1 keping daging burger
  • mentega
  • sos cili

Tambahan ( jika perlu ) *tiada dalam gambar, sebab laki ai tak suka sayur

  • 2 sudu Ayam Brand Tuna mayonis
  • Mentega kacang
  • Salad/timun/tomato

Cara Membuatnya :-

  • Daging burger dimasak dengan mentega, dan dibiarkan sehingga garing.
  • Sapukan mentega ke atas roti, dan bakar dalam oven lebih kurang 30 saat,
  • Lapisan pertama letakkan daging burger tadi yang telah dimasak keatas roti, boleh taruk sos cili. Lapisan kedua boleh letak telor scramble egg. Lapisan ketiga boleh letak baked bean tau.

Tips Kalau Nak Marvelous

  • Lapisan pertama atas daging letak tuna mayonaise fuhh! memang meletop! sedap ada pulak sayur salad, timun, memang cukup complete.
  • Kenapa mentega kacang, sebenarnya cuba korang buat pastu kat atas roti sapumentega kacang. lain dari lain tapi memang sedap.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge