Review Zing Detergent Film Memudahkan Tugasan Harian Isteri

Jadi isteri ni nampak mudah, tapi bercinta bila part nak mencuci baju. Kalau pulak jenis guna mesin basuh, mudah je cuma perlu masuk sabun dan baju terus tinggalkan. Tapi jika itu baju yang harian tanpa ada kesan daki di mana-mana. Terbaca posting Umminani  tentang mujarabnya Zing Detergent ni rasanya sudah cukup tertarik dalam hati ni. Berkobar-kobar nak dapatkannya. 

Kami suami isteri ni, setiap hari isnin wajib pakai baju korporat pejabat. Tapi suami kita ni kena hari-hari pakai baju korporat pejabat. Jadinya menyakitkan hati bila 3 hari sekali nak kena sental part-part kat kolar baju yang hitam tu! Bercinta dalam toilet, kadang sental pun tak hilang jugak, rasa tersakit hati yang amat.

Jika sebelum ni, Cikza terpaksa rendam semalaman dengan detergent yang tak terkenal pun. Tapi hasilnya terpaksa lah sental 3 kali bagi nak hilangkan kotoran terutama bahagian leher, laki kita apa tau! dia cuma kasi baju and tau-tau dah bersih.

Terjebak Dengan Zing Detergent Gara-Gara Umminani Dan Ben Ashaari

Bagi mereka yang ada masalah seperti Cikza, rasanya Zing Detergent Film mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah yang korang hadapi. Selain dapat menjimatkan masa, jika selalu encik laki serah baju dalam keadaan kusam, berbau dan kolar penuh dengan daki, memang terasa berangin satu badan. Terima Kasih Umminani dan Ben Ashaari tentang kisah Keberkesanan Pengunaan Zing Detergent Film ni. Terjebak namanya!!

Tapi kini, tidak lagi. Semuanya mudah dengan satu cucian dengan Zing Detergent Film semua masalah yang dihadapi boleh selesai. Dulu selalu bebel kat encik laki pasal kolar hitam, kini alhamdulillah. Berkali-kali beri baju kotor pun, Cikza rela cuci banyak kali pun takpe.

 

Zing Detergent Film Selamat Digunakan 

Bila baca entry Umminani dan Ben Ashaari, rupanya Zing Detergent Film selamat digunakan untuk tangan. Maklumlah ada sesetengah pencuci kadang bila terkena tangan jadi mengelupas atau perit pijar. Mujurlah Cikza baca entry Umminani tentang keberkesanan produk ni. Cara penggunaannya pulak mudah dan senang je, cuma perlu koyak je. Produk dari Jerman dan pembuatan di China memang bernas pemikiran mereka.

Zink Detergent Film ini sangat mesra alam, dan tak ada sebarang agen peluntur. Menghaluskan kulit tangan tau! hahahah! Lagi pulak Pakai sedikit pun banyak buih tau. Yang menariknya Zing Detergent Film ini juga mudah disimpan, sebab pek yang kecil mudah disimpan mana-mana.

Korang boleh lah cuba cuci semua jenis pakaian termasuk untuk rendaman kasut yang hitam. Boleh juga untuk kegunaan seisi keluarga.  Ambil  sekeping atau potong ikut keperluan, dah memadai. Selebihnya korang boleh rujuk cara penggunaan di belakang pek Zing Detergent Film.

Video Cara Penggunaan Zink Detergent Film Untuk Rendaman Baju 

Sehingga kini, selepas penggunaan Zing Detergent Film, perasaan nak mencuci baju korporat kerja suami jadi berkobar-kobar. Sampaikan En. Laki kita jadi pelik sebab tengok kita suka nau lah cuci baju guna tangan. Bila dia nak membantu kita tak bagi, kalau dua-dua montel dalam bilik air yang kecil ni memang keluasan tu terhadlah. Tapi apa pun biarlah menjadi rahsia kebahagiaan Cikza penambat hati suami.

Bagi mereka yang berkobar atau ada masalah yang dihadapi sama seperti Cikza hadapi  keterangan lebih lanjut , boleh hubungi Cik Ros Farina di  +012 235 0657.

 

 

 

 

4 Replies to “Review Zing Detergent Film Memudahkan Tugasan Harian Isteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge