Resipi Asam Pedas Ikan Cencaru Mudah Dan Ringkas

Resipi Asam Pedas

Raya Kedua tiba-tiba tekak teringin nak makan Asam Pedas, Lagi pulak masa balik raya haritu, suami cuba makan asam pedas di kedai-kedai area melaka. Tapi hampa katanya ” Sayang, Asam Pedas ni tak sama macam awak selalu buat untuk abang. Jadinya bila  ada barang nak dimasak, hati isteri kesian dengan encik suami teringin nak makan asam pedas air tangan isteri.

Resipi Asam Pedas Ikan Cencaru

Resipi Asam Pedas
Resipi Asam Pedas Ikan Cencaru

Bahan -Bahan Utama

  • 3 Ekor Ikan Cencaru
  • 2 Batang Terung
  • Daun Mesum
  • Air Asam Jawa
  • Garam
  • Minyak

Bahan – Bahan Kisar Halus 

Bahan A

  • 2 Biji Bawang Besar
  • 3 Biji Bawang Putih
  • 1 cm halia
  • 2 cm kunyit

Bahan B

  • Cili Kering Kisar ( Ikut Suka, direbus dan di kisar )
  • 1 cm Belacan
  • 1 sudu Minyak Masak ( Diperlukan untuk menghancurkan dan melumatkan Cili Kisar )

 

Cara Penyediaan

  • Panaskan Minyak, Tumis Bahan A ( Bawang Besar, Bawang Putih, Halia, Kunyit ) sampai naik bau. Seterusnya garam dan masukkan Bahan B ( Cili Kisar ) serta daun kesum.
  • Masak hingga pecah minyak dan garing. Lagi garing pecah minyak lagi sedap. Masukkan ikan cencaru tadi dan biarkan 1 minit.
  • Masukkan air asam jawa, ikut suka sukatannya. Kadang ada yang suka kuah pekat, ada yang suka kuah cair. Tapi Cikza buat sedang-sedang je. Masukkan terung dan biar sehingga masak.