Nivea Protect & Care Deodorant | Memberi Perlindungan Berpanjangan Sehingga 48 Jam Lamanya

hari ni Cikza nak share kat korang semua tentang satu produk baru Nivea, iaitu Nivea Protect & Care Deodorant. Memang wajib ada bagi setiap orang, dikalangan sekeliling Cikza ni, ada ke yang tak pakai deodoran ? Malu habis kalau badan dan ketiak berbau tau! tapi kalau mereka yang jenis badan tidak berbau, tahu tak yang produk Nivea ni adalah salah satu produk yang menjaga bahagian-bahagian sensitif , terutamanya kulit bawah lengan dengan bahasa mudah uols punya ketiak.

Cikza sebenarnya adalah pengguna setia  jenama Nivea Pearl, sebab wangi sangat tau lepastu dahlah lembut dan segar sangat. Suami kita kadang suka rembat kita punya Nivea Pearl ni tau.

Nivea Protect & Care Best Sangat

Kadang-kadang ada kletika kita sedang asyik mencukur bulu-bulu halus yang ada di bawah lengan akan menyebabkan luka dan pedih, Cikza pernah kena tau. Nak mandi waktu terkena sabun memang pedih yang amat. Rupanya serpihan yang telah disingkirkan semasa mencukur mengandungi 36% kulit kita sendiri! OMG!

NIvea Protect & Care ni bila Cikza baca tentang testimoni produk ni memang sangat bagus dari segi penjagaan kulit sensitif dibawah lengan. Diperkaya dengan esen Nivea Creme, Warisan krim kecantikkan yang berkualiti dengan formulasi penjagaan dan haruman lembut tersendiri. Dengan 0% alkohol jadi korang boleh menggunakan tanpa was-was. Disamping denagn perlindungan yang kekal berpanjangan selama 48 jam lamanya tu!

Di NIVEA, kami percaya bahawa penjagaan kulit dapat melindungi dan menjaga kulit pada seluruh badan anda termasuk bahagian bawah lengan. Dalam kehidupan seharian yang sibuk, kita sering mengabaikan perkara yang kecil seperti kerosakan kulit yang disebabkan oleh mencukur dan mencabut bulu bawah lengan. Bahagian bawah lengan kita memerlukan penjagaan yang lebih teliti, oleh itu deodoran Protect & Care NIVEA menawarkan perlindungan dan penjagaan yang terdapat dalam semua produk NIVEA, bagi memenuhi keperluan kita pada kulit bawah lengan,” kata Ng Hock Guan Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura. 

Pengalaman menggunakan Protect & Care Nivea

Cikza sebenarnya pengguna setia produk Nivea. Sebab dari zaman sekolah lagi Cikza kadang alami bau badan yang sangat kuat. Cikza dah cuba kesemua produk keluaran jenama terkenal. Namun semuanya tidak mampu menyelesaikan masalah yang Cikza hadapi. Sehinggalah terjumpa Cinta Pandang Pertama dengan produk Nivea ni! memang menepati apa yang Cikza inginkan.

Selain perlindungan berpanjangan ia juga menjaga sensitiviti bawah lengan kita. Jadi kepada korang di luar sana, jangan wajah cantik tapi badan dan ketiak berbau! Bukan apa malu kalau berjalan sambil badan dan ketiak berbau!

 

10 thoughts on “Nivea Protect & Care Deodorant | Memberi Perlindungan Berpanjangan Sehingga 48 Jam Lamanya”

Leave a Reply to cikzacom Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge