Legend Cherating Beach Resort, Ini Betul-Betul Cuti-Cuti Malaysia

Cherating, bila kita menyebutnya pasti terbayangkan pantai yang cantik, dan indah permandangan. Kebanyakkan traveller yang sukakan pantai, bersidai di area pantai Cherating ni.

Baru-baru ni, Cikza ke Family Day KBBA9 anjuran Kelab Blogger Ben Ashaari selama 3 hari 2 malam. Rasanya macam dah lama tak jejak kaki disini. Terbayangkan dalam kereta sepanjang jalan dengan En. Suami hadap keropok Lekor, makan sata panas-panas atau makan seafood celup tepung panas-panas.

Legend Cherating Beach Resort, Ini Betul-Betul Cuti-Cuti Malaysia

Perjalanan mengambil masa selama 5 jam melalui LPT1 dari Kuala Lumpur, tapi Cikza exit di Gambang. Sebab suami katanya nak memandu melalui susur pantai. Kekonon nk fefeeling makan sata atau keropok lekor. Menyambil dalam kereta sempatlah Cikza google Legend Cherating Beach Resort. Memang terpukau habis! Jom kita Tour Apa Yang Terdapat Di Sekitar dan Aktiviti Di Legend Cherating Beach Resort 

Kolam Renang Hijau dan Kolam Renang Biru

Kolam Renang Menghadap Laut – Photo By Blogger Kak Saidila

Di sini terdapat terdapat Dua kolam renang besar sememangnya ini yang first Cikza sekodeng dulu. Almaklumlah, jangan kata budak-budak teruja nak mandi kolam. Tapi ni mak budak pun nak mandi kolam. Kedalaman Kolam adalah sedalam 6 kaki, Kecuali kolam kanak-kanak cuma cetek paras lutut sahaja.

  • Kolam Renang Hijau ( Dikhaskan Untuk Memakai Pakaian Renang ) 
  • Kolam Renang Biru ( Dikhaskan Untuk Pakaian Bebas ) 
  • Kolam Renang Kanak-Kanak

Bilik Mesyuarat / Seminar

Bilik Mesyuarat Legend Resort Cherating | Sumber Legend Cherating Website

Legend Cherating Beach Resort mempunyai beberapa Bilik Mesyuarat dan Dewan yang sesuai untuk bengkel, seminar dan makan malam dalam pelbagai kapasiti. Jadi korang boleh memilih ruangan mana yang diperlukan untuk memenuhi kapasiti pax yang korang anjurkan. Macam Kami Famili KBBA9 menggunakan Sri Kenanga Hall untuk Discussion dan sebagainya. Menurut sumber Legend Cherating Beach Resort antara ruangan seminar dan dewan yang disediakan adalah :-

  • Nagasari Hall
  • Sri Kenanga Hall
  • Sri Cendana Hall
  • Sri Jati Hall
  • Olas Hall

Rabbit Farm & Mini Zoo

Enjoy Sangat Umminani Bersama Anak-Anak Di Rabbit Farm | Sumber Gambar Umminani.com

Untuk Anak-Anak juga disediakan mini zoo khas dan Rabbit Farm dengan bayaran sebanyak RM 5.00 untuk memberi makan dan beramah mesra bersama arnab yang ada disitu. Memang teruja, jangan kata anak-anak tapi mak budak, bini orang pun teruja dapat beri makan arnab tu tau.

Parti Tema ( Themes Parties ) 

Pirate Theme Party Memang Malam tu Terasa Macam Lanun-Lanun Berkumpul | Kredit Photo Cantik Untuk Alampauh.blogspot.Com

Bila dah lakukan macam-macam aktiviti, rasanya tak best kalau penganjuran parti bertema pada sebelah malam. Tapi untuk Family Day KBBA9 kami memilih Pirate Theme ibarat macam lanun-lanun berkumpul. Tapi waktu tu agak pack makanya tema makan malam sahaja ala Pirate, tapi kami hanya pakai-pakaian santai sahaja.

Dengan ada unggun api tepi meja, ada pulak makanan sesedap. Meja kayu ibarat duduk makan bersama lanun-lanun. Romantik pulak bila suami Cikza pasang lampu torch-light dari telefon. Makan kekonon nak bersuap sangat, tapi kalau tak pasang torch-light tu memang sumbat ke hidung lah jawabnya.

Bilik Di Legend Cherating Beach Resort Yang Awesome

Bilik Di Legend Cherating Beach Resort Yang Awesome | Sumber Hanie Azura

Untuk Cikza dan suami diberi  Grand Deluxe Room. Memang berpisah katil nampaknya. Tapi suami buat macam rumah sendiri duk sambungkan katil terus. Di ruangan mandi ada bath-up, jadi kalau tak dapat berendam dalam pool pun takpe, boleh lah berendam dalam bath-up sampai kecut.

Melangkah masuk pulak ada 2 biji buah epal dan oren diatas meja. Kebetulan waktu tu perut tengah lapar yang amat, maka tanpa segan silunya cheq bedal masuk perut. Keluasan bilik sebenarnya boleh memuatkan 2 buah keluarga. anggaran 6 orang dalam satu bilik. Jika tak muat tidur di katil. Sofa yang ada di penjuru tu boleh dijadikan katil. Sebab tu dipanggil Sofa Bed. Fuh! empuk sangat tau! 

Aktiviti Menarik Sepanjang Di Legend Cherating Beach Resort 

 

Jika korang datang kesini, Pihak Legend Cherating Beach Resort ada menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang pasti korang takkan lupakan sampai bila. Tapi Cikza kongsi sedikit tentang aktiviti menarik yang disediakan. Story penuh tentang aktiviti ni akan Cikza kupaskan satu persatu.

Antara aktivitinya ialah:
  • Sea Rafting
  • Demo Muck Dive Scuba
  • Telematch
  • Lawatan Ke Pusat Pemprosesan Keropok Lekor Intan
  • Lawatan Ke Pusat Penyu Santuari, Cherating
  • Firefly Tour
  • Mangrove Tour
  • Sesi Melepaskan Anak Penyu Kembali Ke Laut.

Haaaaa teruja tak baca? Kena cuba bercuti, menginap dan ikuti aktiviti di sini dulu baru tau rasa keterujaan tu. betul tak? Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh dapatkan di sini.

Contact Person: Encik Meor (013-3319822)
Alamat resort:
The Legend Cherating Beach Resort
Lot 1290, Cherating
26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur