Semalam Cikza dapat suprise Kotak Pink dari Enchanteur, semua kawan-kawan bahagian memandang, ada jugak yang bertegur, barang apa yang di kendong tu. Bangga bila berjalan  tau, sambil jalan, sambil kendong kotak besar. Terkejut dapat suprise dari abang posmen tau. Ingat suami kita buat suprise. Bila bukak uih! teringat lah zaman bercinta dengan laki, kalau boleh nota tu nak di tabuh bedak bia wangi.

Bila bukak kotak comel ni, feel dia romantik semacam. Jarang dapat kotak ada cermin, bunga-bunga pulak tu. Ada pulak tambahan set Enchanteur Eau De Toilette Rangkaian Stunning.  Wahhh terujaa sangat Cikza nak cuba !

Enchanteur Stunning Serlahkan Keyakinan Si Pemakai

Diinspirasikan dari Perancis Wangian hasil gabungan Turkish Rose dan Magnolia, kini dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood pasti si pemakai berasa tertawan dengan aroma sensual ni.

Sebelum nak tidur, perkara wajib dilakukan adalah pakai lotion tau, bagi wangi satu badan. Tapi hari pertama pakai lotion sebelum tidur, Suami ai dah pelik! Katanya kenapa bau ni sedap sangat tak macam selalu? Rasanya nak suruh Cikza pakai lotion hari-hari lah tu kan. Jom kita tengok apa yang ada dalam kotak pink tu! 

Enchanteur Stunning Perfumed Body Lotion With Aloe Verra & Olive Butter
Enchanteur Stunning Perfumed Deo Mist
Enchanteur Stunning Eau De Toilette
Enchanteur Stunning Perfumed Deo Roll On
Enchanteur Stunning Perfumed Talc

Tapi mata Cikza terpaku dengan ENCHANTEUR Eau De Toilette botol die memag cantik, satu semburan bertahan selama 7 jam tau. Tersuka sebab ibarat ada bunga kembang mekar kat penutup botol tu. Rasa sayang pulak nak guna. 

Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodorant, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut dan berharum wangi segar sepanjang hari. Sure laki korang suka.

Enchanteur Kini Dalam Bentuk Botol Rangkaian EDT

Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung, manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mekar yang menjadi simbolik percintaan dan pati bunga yang bertambah lengkap di dalam botol wangian tersebut.

Korang yang ingin dapatkan produk ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 manakala Bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80.

Nak melawa tak perlu mahal-mahal ibarat retis, Enchanteur pun dah memadai dengan satu semburan, dan boleh bertahan selama 7 jam waktu bekerja tau. Tak rugi membeli dan harga pun murah. harumnya setaraf dengan perfumed antarabangsa tau. 7 hari mencintaimu kata suami kita tau!  Jom cari Produk Enchanteur Stunning atau Enchanteur yang lain di pasaraya berhampiran.

Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke

Website: www.enchanteur.com.my

Facebook: www.facebook.com/EnchanteurMY.

 

14 thoughts on “Enchanteur Stunning Serlahkan Keyakinan Personaliti Si Pemakai”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge