5 Cabaran Awal Perkahwinan Tak Boleh Dielakkan

Bagi yang ingin dan bersemangat nak mendirikan rumah tangga, sudah tentu membayangkan keindahan dan nikmat hidup di awal perkahwinan. Siapa tidak bahagia jika hasrat untuk hidup bersama dengan insan yang  tercinta akhirnya terlaksana. Tanggapan sebegini tidak semestinya benar untuk semua. Banyak cabaran rumah tangga yang perlu ditangani bersama, terutamanya bagi pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Alhamdulillah 12 September 2017 genap 4 bulan dah, Cikza terikat MOU secara halal dengan Mr Aiman. Tak dijangka banyak perubahan drastik sepanjang perkahwinan tau. Jika dulu waktu bujang tak da orang yang nak melarang tentang aktiviti yang kita nak buat asalkan terbatas dan terjaga.  Kalau kemana pun tiada halangan kecuali keizinan ibu bapa. Jom Cikza kongsikan cabaran alam rumahtangga yang korang tak boleh nak elak mengikut pengalaman Cikza sendiri.

 

5 Cabaran Awal Perkahwinan Tak Boleh Dielakkan

Siapa kata awal perkahwinan ni takda dugaan tau, kami kalau begaduh dah macam Titanic Karam kat laut tau, tapi kalau dah berbaik ibarat Beauty and The Beast.  Jom Cikza kongsikan cabaran alam rumahtangga yang korang tak boleh nak elak mengikut pengalaman Cikza sendiri.

#1 | Berselisih Pendapat 

Sebelum berkahwin, masing-masing boleh menilai tentang pasangan kita. Tapi bila dah duduk serumah tu, 100% kita tahu warna sebenar pasangan kita. terutama dalam berkongsi pendapat. Kadang Cikza dengan suami ada ketika sering berselisih pendapat, terutama pasal kerja, tempat tidur dan sebagainya. Memang kita nak yang terbaik dalam alam perkahwinan kita. Tapi masing-masing mahu mempertahankan ego sendiri dan merasakan bahawa pendapat mereka lebih baik daripada pendapat pasangan. Macam Cikza sering berselisih pendapat dengan  suami tapi kami tangani dengan cara cool je. 

#2 | Kewangan 

Jika dulu masa bercinta, duitku duitku jua, kini dah berkahwin duitmu duitku jua hahahah! Permulaan kehidupan, memang banyak nak pakai duit. Sebab tu awal perkahwinan ikut kemampuanuntuk merias diri, makan minum dan tempat tinggal. Jika dulu kita makan untuk diri sendiri, kini kena fikir yang kita dah duduk berdua banyak yang kena fikir. Jika dulu sebelum kahwin kena sewa bilik untuk diri kita dah cukup. Tapi sekarang tanggungjawab dah besar terutama lelaki, kena fikir makan minum isteri, tempat tinggal, bil-bil dan sebagainya.

Sikap terlalu boros dan terlalu berkira juga mungkin akan membuatkan pasangan merasa kurang senang dengan gaya hidup tersebut. Oleh yang demikian, suami isteri sewajarnya membincangkan masalah dan pengurusan mereka secara terbuka sejak awal perkahwinan lagi. Soal tabungan juga tidak boleh dilupa. Kalau boleh yang perempuan janganlah demand nak branded stuff je, tengok kemampuan laki masing-masing. Syukur ai jenis makan warung je, tapi jika suami nak belanja restoran 5 star tu adalah lucky namanya

#3 | Terlupa Diri Masing – Masing  Sudah Berkahwin 

Seringkali kita mengharapkan pasangan untuk memahami gaya hidup kita mendirikan rumah tangga. Sebelum ini kita mungkin bebas beraktiviti bersama rakan-rakan, bekerja hingga lewat malam, menghias kereta berhabis-habisan dan sebagainya. Kadang Cikza pun ada life bersama kawan-kawan tapi untuk sekarang, cuma bersama team blogger dan di pejabat. Macam suami kadang-kadang kena ketuk sikit, selalu dia yang terlupa diri dah kahwin, kalau bab melepak tu untill 1am tau.

Adalah lebih baik kita dengan pasangan fahami kehendak dan keperluan, dan luangkanlah lebih masa yang berkualiti bersama. Pada masa yang sama,mereka yang masih bujang dan belum berkahwin juga perlu memahami dan menghormati keadaan sahabat mereka yang sudah membina masjid.

#4 | Anak Penyambung Keturunan

Anak! seringkali soalan diajukan oleh mereka yang baru mendirikan rumah tangga, tapi semuanya kerja Allah s.w.t, kerana dia maha mengetahui. Ada ketika, hati tersentuh dengan mulut-mulut puaka ni, padahal baru 4 bulan mendirikan rumah tangga. Pada Cikza semua itu kerja tuhan, kita ni jangan putus doa dan beribadah. Semua orang mahukan zuriat tapi masih belum ada rezeki nak buat macamana kan. Selalunya yang over adalah makcik dan pakcik bawang, cuba tengok anak masing-masing kot jadi geng terung atau kunyit ke mana tahu kan. Duk ngata anak orang, tapi rupanya kita sendiri yang tak pandai jaga anak hahahahaha!

#5 | Pergaulan Keluarga

Berkahwin dengan pasangan turut bermaksud ‘berkahwin’ dengan keluarga pasangan,khususnya ibu dan bapa mertua yang perlu disayangi dan dihormati seperti ibu bapa kita sendiri. Maka ,sebagai seorang ahli baru dalam keluarga  pasangan,kita perlu  pandai bergaul dan membawa diri. Tapi setiap orang ada perbezaan cara pergaulannya. Jadi buat mereka yang suka sangat jadi makcik bawang tu, kalau boleh janganlah nak menokok tambah perasa sedap mengatakan menantu orang tu sombong lah, itu lah ini lah.

Satu lagi, kita kena faham, bila anak perempuan dah berkahwin makanya dia harus mendengar cakap suaminya, bukan cakap makcik-makcik bawang tau. Tapi ibu dan bapanya adalah sebagai pemberi nasihat.  Kot lah dia ikut perasaan layankan nasihat bajet bagus dari makcik-makcik bawang tup-tup dah terbuat dosa dia dekat suaminya, bukan korang yang tanggung. si perempuan tu jugak tanggung tau. Jadi buat makcik-makcik bawang sila jaga tutur kata. Dan jaga anak masing-masing yang belum berkahwin….

Perkahwinan Akan Lebih Manis Jika….

Mendalami alam berumahtangga, isteri merupakan tunjang kepada kebahagian sesebuah perkahwinan tersebut. Sebab tu selalunya diperkatakan doa seorang isteri, naluri dia sentiasa betul. Memahami peranan tersebut, isteri perlulah membanyakkan sabar dan menerima segala yang berlaku sebagai yang terbaik diaturkan Allah untuknya. Jodoh itu urusan Allah, sebaik atau seteruk manapun suami kita, itulah yang dibawakan Allah kepada kita.

Hargai sebuah perkahwinan selagi masih ada, buat pasangan muda. Belajar lah petua kebahagiaan dari mak abah kita ye!

16 Replies to “5 Cabaran Awal Perkahwinan Tak Boleh Dielakkan

  1. Di awal perkahwinan memang besar cabarannya. Paling utama kena bertolak ansur antara pasangan. Give and take dan saling menerima kelemahan masing-masing. Bak kata pepatah, “sedangkan lidah lagi tergigit…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge