Traveloka Penaja Emas Rasmi Sukan SEA 2017 #KITAJUARA

Sukan SEA 2017 telah pun dirasmikan dengan penuh gilang gemilang pada 19 Ogos 2017  di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini. Sukan SEA yang ke-29, yang juga dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017 (KL2017)  berlangsung selama 11 hari bermula 19 hingga 30 Ogos 2017, dimana Malaysia telah terpilih menjadi tuan rumah bagi temasya sukan kalini.

Dan sempena Sukan SEA 2017 ini juga, hampir 21 penaja yang terlibat untuk Sukan SEA 2017  termasuk Traveloka yang menjadi salah satu sponsor utama  untuk temasya Sukan SEA Ke 29 kalini. Nak tahu apa kaitan Traveloka dengan Sukan SEA 2017, korang kena baca sampai habis.

Traveloka Penaja Emas Rasmi Sukan SEA 2017 

Traveloka mula bekerjasama dengan 70 lebih syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa yang menyediakan lebih daripada 100,000 laluan berbeza di Asia Pasifik dan Eropah. Traveloka juga telah menyenaraikan lebih daripada 100,000 hotel di seluruh dunia. Rasanya rugi kalau tak menggunakan aplikasi perkhidmatan Traveloka ni.

Kepada mereka yang ingin travel sempena Sukan SEA 2017 ni, Traveloka kini ada menawarkan Promosi Hello Malaysia untuk tawaran hotel dan penerbangan untuk 7 Ogos 2017 sehingga 31 Ogos 2017. Rebut juga diskaun 40% jika korang membuat tempahan sepanjang temasya sukan ni bagi penerbangan dan hotel ke destinasi dalam Malaysia dan akan membawa anda secara lebih dekat dan peribadi untuk mengenali tempat-tempat menarik di malaysia.

Dengan sistem pembayaran yang selamat, serta mesra pengguna, termasuk juga perkhidmatan pusat panggilan 24 jam, ia merupakan perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh Traveloka. Selama 7 hari seminggu, dimana jua korang berada, korang boleh buat terus  tempahan dan transaksi bayaran dengan jayanya. Maklumat lanjut korang boleh jengah di Laman Web Rasmi Traveloka.

Traveloka Di KL 2017 Apa Kaitannya? 

Selain sebagai Official Online Travel Partner, Traveloka juga ada kini membuka booth di Bukit Jalil dan menganjurkan pelbagai peraduan  serta tawaran penerbangan dan hotel ke pelbagai destinasi yang di tempah. Para pengunjung juga boleh menyertai pelbagai acara menarik termasuk peraduan  dimana hadiah-hadiah menarik menanti pemenang yang berjumlah sehingga RM200,000.00 tau. Rasanya rugi kalau korang lepaskan peluang ni. Jom serbu booth Traveloka tau.

Traveloka juga menyediakan Livestreaming untuk Sukan SEA KL2017. Korang boleh menyaksikan Livestreaming tersebut dimana sahaja dan bila-bila menerusi Facebook Live dan Youtube Live dari Laman Web TravelokaKL2017. Terbaik sangat jadinya, korang tak perlu merungut andaikata terlepas siaran langsung sukan kegemaran korang.

Selain dapat tonton Livestreaming, dan sebagainya korang juga boleh menyertai Peraduan yang dianjurkan menerusi Laman Web Rasmi TravelokaKL2017, sesuai bagi korang yang agak susah nak ke booth Traveloka di Kompleks Sukan Bukit Jalil. Peraduan ini sangatlah mudah, korang hanya perlu :-

  • Pilih permainan yang diramal untuk menang. Hanya boleh pilih satu permainan sahaja.
  • Jangan lupa memasukkan email dan memilih Negara yang akan memenangi permainan ini.
  • Pastikan korang kongsikan di media social dan hantar penyertaan.
  • Setiap hari akan ada permainan baharu dan Korang boleh kembali setiap hari untuk menyertai peraduan dan berpeluang untuk menang pelbagai hadiah menarik lagi.

Sukan SEA 2017 #KITAJUARA

Sebagai rasa cinta kepada negara, ayuh beramai-ramai memberikan sokongan padu kepada Negara kita Malaysia untuk menjadi Juara pada temasya Sukan SEA 2017 kalini dengan menggunakan #kitajuara. Untuk terkini, laporan pingat mendapati Malaysia masih di tangga yang pertama tau!

Laporan Terkini Kedudukan Pingat KL2017
Laporan Terkini Kedudukan Malaysia Di KL2017 – Sumber www.teammalaysia.my