Pertama Kali Menggunakan Losyen Secret Correa Premium Untuk Kurus, Berjaya Weyh!

Nak tanya boleh tak? Dalam banyak-banyak pembaca blog Cikza ni, ada tak yang nak kurus? Siapa tak nak kurus? Semua orang nak dapatkan bentuk badan idaman,  Laki ai selalu komplen Double Chin bawah dagu ai tu tau. Sodihh! Tapi baru-baru ni, Cikza diperkenalkan oleh seorang sahabat tentang losyen 2 keguanaan dalam 1 botol. Upps! Losyen lagi ?? tempohari dok bebel pasal Losyen Halau Nyamuk  harini Cikza nak berkongsi pengalaman Menggunakan Losyen Ajaib 2 Dalam 1 untuk kurus.

Secret Correa Premium Dulu Lawan Kini Kawan

Losyen Secret Correa Premium ni telah disyorkan oleh sahabat, pada awalnya memang tak percaya langsung, sebab dalam minda dah berfikir negatif, fobia macam-macam produk dah guna, tapi still macam shrek jugak. Tapi terbaca review tentang Losyen Secret Correa Premium Dari Blog Kak Julia Johari bermakna terbukti ianya berkesan.

Produk tu Sah atau Tidak? Itu Yang Paling Utama 

Terus kita search tentang produk tersebut, tiruan ke? sah ke? tidak sah ke? tak diluluskan KKM ke? Berdaftar ke? Alhamdulillah semuanya terjawab dan terbukti ianya telah berdaftar dan selamat digunakan. Almaklum sekarang, banyak produk keluaran telah diciplak dan adakalanya tiruan. First Cikza search dulu di Laman Web NPRA, ( Bahagian Regulatori Farmasi Negara )Bila semuanya terjawab, hati pun senang jadi bolehlah gunakan produk tersebut tanpa ragu-ragu.

Losyen Secret Correa Premium
Pengesahan Oleh KKM Tentang Losyen Secret Correa Premium

Pengalaman Dan Kelebihan Yang Didapati Dalam Produk Secret Correa

Cikza dapat tau mengenai produk ni dari Puan Siti Maisarah, Pengedar Sah Secret Correa yang sahihnya berdaftar dengan SSM jadi Cikza tak tak ragu untuk dan senang hati untuk menggunakan produk tersebut, tanpa memikir ianya produk tiruan ke dan sebagainya. Bahayanya jika korang menggunakan produk tiruan ni, boleh merosakkan kulit tau. Nanti Cikza kongsi detail tentang bagaimana nak dapatkan produk tersebut setelah seminggu penggunaan tau.

Tujuan utama adalah untuk membentuk pinggang bagi mendapatkan saiz idaman. Kata orang bersusah dulu bersenang kemudian. Pertama kali menggunakan dengan satu kali sapuan, terasa sejuk je tau. Terfikir kalau sakit kepala ni, agaknya boleh digunakan terus ke kepala atau tidak. Sebab Cikza kerap sakit kepala.

Tapi bila Cikza kaji banyak jugak kelebihan yang boleh didapati dalam Produk Secret Correa ni, Antaranya :-

  • Digunakan untuk menghilangkan selulit
  • Menghilangkan strecthmark bersalin
  • Losyen khas untuk mereka yang bersalin normal hingga ke cesarean
  • Melawaskan masalah sembelit
  • Menghaluskan kulit
  • Melegakan gatal resdung
  • Menghilangkan sengal badan
  • Membuang angin dalam badan
  • Melegakan batuk

Pengalaman Pertama 

Baru-baru ni, Cikza pun cuba menggunakan Produk tersebut untuk pembentukkan badan dan menghilangkan Double Chin, memang sangat terkejut tau, walau double Chin tetap ada tapi semakin hari berkurangan. Waktu tu memang terasa nak melompat, dan Cikza tak habis-habis perli En.Suami tau!

Pengalaman Kedua

Secara kebetulan ada Family Day KBBA9, memang banyaklah aktiviti yang dijalankan melibatkan aktiviti luaran. Makanya sepanjang 3 hari berkampung di Cherating, setiap selepas mandi Cikza akan sapu pada permukaan perut dan pinggang, dan hasilnya pada hari terakhir tu alhamdulillah Seluar jeans boleh kancing dengan selesa. Sebab sebelum ni, memang boleh kancing tapi jadi tak selesa, ketat sedikit. Sehingga harini Cikza masih menggunakan secara konsisten.

Pengalaman Ketiga

Cikza mengalami sengal-sengal badan. dari bahagian dada dan ke bahu, setiap malam, tak boleh tidur dengan selesa. Khabarnya perlu ada skill nak tidur. Selama seminggu suami Cikza menjadi tukang urut tidak berbayar, semakin hari berkurangan sebab setiap kali berurut dia pulak yang mengeluarkan angin kus-kus kan.

Yang Bersalin Czer Wajib Dapatkannya, Kenapa?

Tapi untuk sekarang, Cikza berfokus kepada untuk mendapatkan bentuk badan idaman sahaja, macam  korang nak dapatkan Produk Secret Correa ni sebaiknya ambil satu set bersama bengkung moden. Jangan fikir bengkung tu hanya untuk orang yang dah bersalin sahaja, tapi rupanya yang bukan ibu berpantang pun boleh menggunakan untuk pembentukkan badan. Terutama mereka yang berpantang Czer.

Manfaat untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin dan Czer juga boleh menggunakannya tau. Puan Maisarah ada jugak beri penerangan tentang manfaat tersebut produk tersebut khususnya untuk ibu yang dalam berpantang selepas bersalin dan czer.

Nak tahu apa kelebihan produk ni jugak khususnya mereka yang berpantang Czer:- 

  • Sejuk  Dan Menyamankan
    • FProduk ni tak pijar, bila sekali sapuan tu terasa sejuk dan dingin je tau. Kalau terkena baby pun usah risau, silap-silap dia boleh menyengih kesejukkan.
  • Melancarkan Nifas Dan Angin 
    • Kalau sapu kat perut tu, terasa lancar je nifas keluar. Dan tak tersekat-sekat. Tapi kalau sapu satu badan tu, memang berlumba-lumba lah angin jahat dan degil tu nak keluar. Yang ni kalau dah terkeluar maka berdentum-dentumlah bunyinya.
  • Melawaskan Sembelit Melampau
    • Ada ibu Czer yang selepas bersalin, mengalami sembelit melampau. Sebab tu bila ibu-ibu czer ni kebanyakkan mengeluh sebab bermacam-macam produk dah cuba. Bila menggunakan produk Secret Correa ni, takdelah keluar tandas dengan wajah duka, nak meroyan je rasa.
  • Menghilangkan Stretchmark
    • Nah! sambil-sambil gosok, Tanpa disedari stretchmark pun hilang. Yang ni wajiblah ibu-ibu Czer dapatkan tak lupa ibu berpantang normal pun boleh amalkan.

Testimoni Berjaya, Terbukti Ianya Berkesan

Cikza akan berkongsi dengan beberapa testimoni yang Cikza dapat dari Puan Maisarah sendiri, nampaknya produk ni, memang betul-betul berkesan. Bukan cikai-cikai punya produk. Terbukti dengan testimoni dan pengalaman sahih menggunakan produk tersebut.

Video Demo Penggunaan Secret Correa Premium 

Harga sangat berbaloi,  dan tak mahal sangat tak murah sangat, kalau nak tahu korang boleh hubungi Puan Siti Maisarah untuk konsultasi lebih lanjut ye.

Info lanjut klik link:

Facebook 

Facebook Bengkung Moden Cesaeran

 Instagram

Instagram Bengkung Moden Cesaeran 

014 – 8371485 ( Puan Maisarah ) 

 

18 Replies to “Pertama Kali Menggunakan Losyen Secret Correa Premium Untuk Kurus, Berjaya Weyh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge