Menyesal Rasanya Pakai Produk Klairs Dari Korea Tau!

Menyesal Rasanya Pakai Produk Klairs Dari Korea Ni Tau!

Hai semua, Cikza memang dari dulu nak cuba produk-produk mekap dari Korea, sebab nak tengok keserasian dengan kulit Cikza, untuk harini Cikza nak berkongsi 2 product dari Klairs iaitu Klairs Mochi BB Cushion dan Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion SPF40/PA++ yang khabarnya adalah produk paling laris di Korea.

Pertama kali mencuba memang dah teruja, sebad dapat menutup cela-cela dan jerawat halus di muka. Bukannya apa, kulit Cikza very sensitive. Kalau nak tengok produk kecantikkan 1st memang Cikza akan pastikan ianya serasi atau tidak dengan kulit.

Klairs Mochi BB Cushion

Klairs Mochi BB Cushion
Klairs Mochi BB Cushion

Rupanya Klairs Mochi BB Cushion ni bertindak sebagai pengganti compact powder, jika kita perasan, ada produk compact yang seperti 2 way foundation, dengan cara perlu basahkan span terlebih dahulu. Tapi Mochi BB Cushion bertindak sebagai Compact Powder lembab. Jika korang lihat nampak seakan basah-basah lembab gitu.

Klairs Mochi BB Cushion
Klairs Mochi BB Cushion Memang Terbaik

Kenapa Cikza teruja! korang tengok sendiri bekas tu, comel sangat. Sapuan pertama pun masih nampak natural look walau cela lain dah tertutup. Nampak simple dan comel. Hanya sekali sapuan pun dah nampak flawless iras artis korea tau. Macam tak pakai makeup!

Klairs Mochi BB Cushion
Klairs Mochi BB Cushion

Klairs Mochi BB Cushion semangnya sesuai dengan kulit Cikza, kesan sapuan setakat ni takda keluar merah-merah atau gatal-gatal. Maknanya produk ni serasi dengan kulit Cikza. Dan Cikza amat berpuashati dengan produk ni. Terlupa pulak nak selit, sebenarnya Klairs Mochi BB Cushion ni boleh di refill semula tau. Refill tu ada dijual, nak tahu kat mane. (Sila baca sampai habis)

 

Cara-Cara Nak Refill Semula Mochi BB Cushion - Sumber Google
Cara-Cara Nak Refill Semula Mochi BB Cushion – Sumber Google

 

#allskintype, #combinationskin, #cushionfoundation, #dryskin, #klairs, #normalskin, #oilyskin, #sensitiveskin

Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion SPF40/PA ++

 Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion SPF 40 PA++
Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion SPF 40 PA++

Bila Cikza dapat Klairs Mid-day Blue Sun Lotion SPF40/PA++ ni terasa nak try sangat sebab mendapat review positif tentang produk tersebut di Youtube. Sebenarnya Cikza ada masalah kulit sensitif tetapi bila dah cuba Mid-day Sun Lotion SPF40/PA++ ni terasa wajah seakan tak bermekap.

Klairs Mid Day Blue Sun Lotion SPF40 PA++
Klairs Mid Day Blue Sun Lotion SPF40 PA++

Disebabkan teksturnya mudah meresap dan tidak melekit (non sticky) ia memberikan kelembaban yang diperlukan untuk setiap kulit dan menutupi rona cela kulit. Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion SPF40/PA ++ boleh dijadikan base makeup tau. Itu salah satu kelebihan yang ada.

Klairs Mid Day Blue Sun Lotion SPF40 PA++
Klairs Mid Day Blue Sun Lotion SPF40 PA++

Jadi kalau kakak-kakak nak pergi kedai silalah guna Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion SPF40/PA ++selain nampak flawless, Dengan SPF40/PA++ ia melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB yang merupakan penyebab utama kerosakan kulit. Selain tu, ia dapat menghindarkan wajah kita dari dari kesan penuaan yang terlalu awal. Kerana ia bertindak sebagai agen pelembab.

Klairs Mid Day Blue Sun Lotion SPF40 PA++
Klairs Mid Day Blue Sun Lotion SPF40 PA++ | Sumber Google
Pelembab ini mengandung Guaiazulene, komponen yang diekstrak dari Chamomile Oil, memberikan penampakkan warna biru. Guaiazulene beserta dengan ekstrak Centella Asiatica membuatkan si pemakai berasa menenangkan dan meredakan kemerahan akibat dari panasnya sinar matahari.
Klairs Mid Day Blue Sun Lotion SPF40 PA++
Klairs Mid Day Blue Sun Lotion SPF40 PA++
Sesuai untuk semua jenis kulit, terutama kulit berminyak dan sensitif. Kerana itu Ia didatangkan dalam botol Size: 50ml / 1.7oz.
#SkinCare, #SpecialCare, #SunProtection, #Bodycombinationskin, #oilyskin, #sensitiveskin, #sunblock, #sunlotion, #sunscreen #hermo
Cara Pemakaian Produk Klairs Mochi BB Cushion Dan Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion SPF40/PA ++
  • Cuci muka korang dengan sebersih-bersihnya.
  • Keringkan secara natural baru boleh apply Klairs Mid Day Blue Lotion
  • Sapu pada seluruh muka. Dan biarkan selama 10 minit.
  • Selepas 10 minit barulah touch-up sikit dengan Klairs Mochi BB Cushion

Simple dan mudah tapi kalau korang tak tahu cara penggunaan 2 produk ni, boleh rujuk REVIEW penuh Tutorial Mekap Mudah By Cikza dengan menggunakan produk Klairs Mochi BB Cushion dan Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion SPF 40/ PA ++

Kenapa terasa menyesal, sebab terlalu cantik untuk di gunakan, satu lagi bila dah rias pulak tiba-tiba muka feloles bagai retis Korea, Encik Suami pulak dah panas punggung sebab bini makin comel setiap hari lepas guna Produk Klairs ni…

 

Tutorial Mekap Mudah By Cikza dengan menggunakan produk Klairs Mochi BB Cushion dan Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion SPF 40/ PA ++

Klairs Mid-day Blue Sun Lotion
+ Will not dry your skin, effective sun protection
+ Can be used as a makeup base with natural tone correction
Klairs Mochi BB Cushion Pact
+ Convenient portable BB cushion pact
+ Built-in cap case (Hygenic)
+ Natural way by neutralizing redness of the skin for healthy look
Website Link Untuk Korang Nak Cuci Mata: 
Website Link Klairs