Cara Solat Jamak Dan Qasar Dengan Betul

Alhamdulillah! Harini dalam keadaan tidak berapa sihat, bolehlah Cikza berkongsi tentang Solat Jamak dan Qasar, jika selama ni terus terang Cikza selalu abaikan, almaklum kita ni bukan sempurna mana, sekalipun jika kita nak dibandingkan dengan orang yang terlalu perfect. Bila dah berkahwin, alhamdulillah suami banyak membimbing dan membetulkan apa yang terkurang dalam diri kita dan Cikza menambah apa yang terkurang dalam diri beliau.

Jika kemana saja samada lebih dari 90 marhalah itu dikira musafir, Allah SWT telah memberi kelonggaran dan keringanan kepada umat Islam dalam mengerjakan ibadah solat untuk situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT. Rukhsah Solat bertujuan supaya kita dapat menunaikan solat dalam apa jua sekalipun. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Jamak adalah rukhsah bagi mereka yang bermusafir.

Cara Solat Jamak Dan Qasar
Cara Solat Jamak Dan Qasar

Solat Jamak Dan Qasar 

Solat Jamak merupakan satu kelonggaran bagi orang yang musafir dengan cara menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, iaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar, atau Maghrib dengan Isyak dalam satu waktu yang sama, dan boleh dilakukan sama ada dalam waktu yang pertama atau yang kedua.

Solat Jamak Terbahagi Kepada 2 Iaitu :-

  • Jamak Ta’khir
    • Ia dilakukan dalam solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar, atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’
  • Jamak Taqdim
    • Ia dilakukan dengan mengumpulkan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Zohor, atau solat Maghrib dan solat Isyak’ pada waktu Maghrib

Solat Qasar ialah memendekkan solat daripada empat rakaat kepada dua rakaat. Ia adalah kemudahan dan keringanan yang diberi oleh Allah SWT kepada mereka yang berada dalam musafir yang diharuskan oleh syarak. Solat yang boleh diqasarkan ialah solat empat rakaat sahaja iaitu Zohor, Asar dan Isyak.

Syarat Yang Dibenarkan Untuk Solat Jamak Dan Qasar

  • Musafir yang tiada niat untuk bermaksiat
  • Perjalanan melebihi 91 km atau 2 marhalah
  • Mengetahui destinasi dituju dan berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.

Fadhilat  Dalam Melakukan Solat Jamak Dan Qasar adalah supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun. Disamping dapat meringan serta memudahkan kita untuk menunaikan solat dalam perjalanan jauh.

Cara Untuk Menunaikan Solat Jamak Taqdim Dan Jamak Ta’khir 

  • Jamak Taqdim Wajib melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’). Dan selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
  •  Jamak Ta’khir Wajib melakukan  solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib) Dan Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.

Contoh lafaz niat Solat Jamak Taqdim Dan Ta’khir 

Panduan Solat Jamak & Qasar - Sumber Google
Panduan Solat Jamak & Qasar – Sumber Google

 

Semoga perkongsian dari Cikza ini dapat membantu, untuk korang yang bakal melakukan perjalanan jauh . Dan sebenarnya kita adalah manusia biasa, terkadang kita alpa, namun akan ada sorang yang akan membetulkan susun langkah perjalanan kehidupan kita.

 

 

8 Replies to “Cara Solat Jamak Dan Qasar Dengan Betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge