Yeob Bay Hotel Ampang Murah Dan Keselesaan Terbaik

Sukan Sea 2017 bakal menyusul tak lama lagi. Jadinya mesti ada diantara korang yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Kepada mereka yang terlibat secara langsung, pasti tercari-cari hotel bajet yang bersesuaian dengan kemampuan diri. Dan ada juga yang datang untuk membawa keluarga berjalan-jalan sekitar Kual Lumpur. Namun usah khuatir, harini Cikza nak berkongsi satu lagi hotel bajet yang selesa tapi murah.

Yeob Bay Hotel Ampang, merupakan salah satu cawangan hotel terbaru keluaran Yeob Catering, pada mereka yang mengenali Yeob Catering ni, mereka adalah pakar dalam pengurusan majlis perkahwinan yang sangat terkenal, beliau juga mempunyai satu lagi cawangan hotel yang terletak di Lumut, Perak.

Yeob Bay Hotel Ampang Murah Dan Selesa

Cawangan di Ampang, baru 4 bulan beroperasi, dan masih baru lagi, terletak berdekatan dengan restoran nasi arab dan medan selera, memang sangat mudahlah nak cari makan waktu malam. Dan yang paling penting hanya 5 minit terus ke KLCC dan Bandaraya Kuala Lumpur. Boleh korang bawa keluarga berjalan di tempat menarik lagi di Kuala Lumpur ni tau.

Ruang Tandas Sememangnya Bersih Dan Menarik Perhatian

Sebenarnya, Cikza cakap kat suami, kalau ada rumah sendiri, nak buat tandas design ala-ala kayu camni! Bagi Cikza nampak lagi kemas dan bersih. Masa mandi tu ada jugak terfikir, kalaulah lelama asyik serap air, takut mengembang je parquet tu. Rupanya baru teringat, ada parquet yang tahan kalis air tau. Jadi dah boleh masuk whistlist rumah baru nanti.

Kemasan Almari Solek Dan ALmari Baju Kecil dan Simple

Melangkah masuk je! terkedu tau kami laki bini, harga dahlah murah tapi ditambah pulak keluasan bilik tu memang boleh main lari-lari tau. Anggaran satu bilik ni boleh memuatkan 4-5 orang tau. Luas tau! Encik Suami dah congak-congak kalau famili Pak Lah atau Famili Pak Mad datang, kami menginapkan disini je!

Teringat Katil Rumah! Geramnya Tengok Cadar tu!

Katil tu jangan cakap memang empuk sangat. Rasa berada di awangan tau kalau baring atas katil. Persekitaran bilik memang sangat-sangat bersih. Memang Cikza rekomen sangat hotel ni, sebab dekat dengan bandar.

Kenapa Cikza Rekomenkan Yeob Bay Hotel, Ampang?

  • Kakitangan Yang Ramah

Mereka adalah sangat terbaik dalam memberikan khidmat pelanggan , dengan tutur kata yang lembut dan sopan,

  • Ruangan Parkir Yang Mencukupi

Ruangan parkir yang disediakan adalah mencukupi untuk mereka yang menginap disitu, dan selamat dengan adanya front desk 24jam.

  • Kebersihan Bilik dan Persekitaran

Ini yang paling Cikza titik beratkan, setiapkali check-in kat mana-mana hotel sekalipun, perkara utama wajib ambil tahu adalah keselesaan dan kebersihan, ternyata kekemasan ruang setiap inci hotel ni memenuhi citarasa Cikza.

Tempahan Boleh Dibuat :

Yeob Bay Hotel, Ampang 

16, Jalan Sulaiman 1, Taman Putra Sulaiman, Ampang, 68000, Ampang, Selangor, 68000, Malaysia

Hubungi Talian :-

03-4285 4966

Yeob Bay Hotel Facebook