Resipi Ungkep Ayam Jawa Mudah Dan Ringkas

Ungkep ni sebenarnya adalah masakan tradisional masyarakat jawa. Siapa orang jawa pasti tahu, kadang ada yang kata, agak leceh nak buat ungkep yang betul-betul original dari jawa, namun agak mustahil.

Alkisah semalam teringin nak makan ungkep ayam, jadinya belajar dengan abah, dalam masa yang sama mesej lah dengan makcik suh mintak resepi kat atok. rupanya cara penyediaan sangat mudah dan pantas.

Resipi Ungkep Ayam

Ungkep Ayam Mudah & Ringkas

Bahan – Bahan

  • 1 kg Ayam
  • Gula
  • Garam
  • 1/2 cawan air
  • Minyak Masak

Bahan Untuk Kisar

  • 2 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 1 sk jintan manis ( kasar )
  • 1 sk ketumbar ( kasar )
    • * boleh juga guna serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis
    • * lagi sedap sebenarnya guna jintan/ketumbar yang kasar. 

Cara penyediaan

  • Tumis bahan kisaran tadi hingga 1/2 masak, lagi sampai naik bau wangi-wangi tau. Nak garing pun boleh tapi terpulang pada korang
  • Masukkan Ayam dan air, lepastu gaul bagi rata dan sekata tau. Tutup dengan tudung periuk biarkan sampai kering. Bila dah separuh nak kering tu, masukkan gula dan garam. itu ikut citarasa masing-masing.
  • Biarkan sampai kering, baru boleh hidang, kadang ada yang suka terlalu kering, kadang ada yang suka berkuah banyak atau boleh ikut citarasa masing-masing.