Resipi Ayam Goreng Kunyit Mudah Dan Ringkas

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Minggu ni, memang terasa malas sangat, kebetulan suami tak sihat, adik ipar pulak gastrik teruk, jadi tak boleh makan pedas-pedas. Encik Suami pulak manja nak makan lauk pedas, bagi keluar peluh-peluh tu. Bukak peti ais tengok ada ayam. Terus capai telefon resipi simple berkaitan ayam.

Rasanya semua dah cuba, ayam masak kicap, ayam masak lemak, ayam masak cili padi eh macam-macam lah. teringat pulak tempohari ada masak lauk padprik, sayur tu ada lebih. makanya, idea melambak-lambak pulak datang. Tapi untuk adik ipar, kakak masak Ayam Goreng Kunyit 

Resepi Ayam Goreng Kunyit
Resepi Ayam Goreng Kunyit

Resepi Ayam Goreng Kunyit Mudah & Ringkas 

Bahan-Bahan

  • 500 gm Isi Ayam
  • 1 batang lobak ( potong ikut suka ) 
  • 1/2 Cauliflower ( potong ikut suka ) 
  • 1 peket Putik Jagung ( potong ikut suka ) 
  • 10 tangkai kacang panjang / buncis ( potong ikut suka ) 
  • 1 Ulas Bawang Holland *dihiris 
  • 2 ulas Bawang Putih *dihiris 
  • 1/2 inci halia *dihiris
  • 2 tangkai cili merah *dihiris 
  • 1 sudu kecil Maggi Sedap Rasa
  • Garam
  • Kunyit
  • Minyak Masak

Cara Memasak 

  • Gaulkan isi ayam bersama kunyit dan garam dan perapkan selama 15 minit. Seterusnya goreng isi ayam tersebut sehingga garing dan kekuningan.
  • Bila ayam dah garing masukkan bahan-bahan hirisan tadi, dan tumis sehingga naik bau dan wangi kekuninggan.
  • Masukkan sayur dan goreng sehingga masak. Jangan lupa taburkan Maggi Sedap Rasa kacau rata dan terus hidangkan bersama nasi panas atau bubur nasi.

 

4 Replies to “Resipi Ayam Goreng Kunyit Mudah Dan Ringkas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge