Jom Naik MRT (Mass Rapid Transit) Secara Percuma ?

Jom Naik MRT (Mass Rapid Transit) Secara Percuma

Korang dah naik MRT ke? Bukan MRT (Mass Rapid Transit) yang kat negara orang tu tau? tapi negara sendiri. Bukannya apa baru-baru ni, projek MRT (Mass Rapid Transit) yang menghubungkan dari Kajang terus ke Sg Buloh telah pun di buka. Kebetulan haritu tengah free jadi apa lagi cubalah merasa. Memang terbaik.

#Jomnaikmrt Secara Percuma

Bagi mereka yang tak tahu nak mana, apakata Cikza syorkan bawa keluarga merasai sendiri pengalaman naik MRT (Mass Rapid Transit), macam-macam pit stop boleh pergi. Tapi sebenarnya kalau nak naik MRT, lagi syok naik waktu bekerja, tak ramai sangat orang berbanding weekend. Lagi pulak sekarang nak naik MRT pun dapat diskaun 50% dari harga asal, Rupanya percuma masa hari pertama beroperasi sahaja. 

Jom Naik MRT (Migration Review Tribunal) Secara Percuma
Jom Naik MRT (Migration Review Tribunal) Secara Percuma

MRT (Mass Rapid Transit) jaringan Kajang – Sg Buloh telah beroperasi sepenuhnya, sistem pengangkutan rel ini akan menjadi tulang belakang perkhidmatan pengangkutan awam kawasan Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang. Jadi kepada mereka yang bekerja berdekatan kawasan stesen berhampiran tak salah menggunakan perkhimatan ni. selain menjimatkan masa dan kos.

Pertama Kali Menaiki MRT (Mass Rapid Transit)

Baru-baru niCikza berkesempatan merasai pengalaman menggunakan perkhidmatan MRT dari Stesen Sri Raya. Untuk sekarang kawasan parking bertingkat belum dibuka tapi perkhidmatan bas MRT dah beroperasi sepenuhnya, kepada mereka yang ingin menggunakan perkhimatan MRT lagi baik naik bas yang disediakan. Tapi kemungkinan ada beberapa stesen yang mempunyai parkir bertingkat telah dibuka kepada orang ramai.

Jom Naik MRT (Migration Review Tribunal) Secara Percuma
Jom Naik MRT (Migration Review Tribunal) Secara Percuma

Setiap masa Cikza akan rujuk paparan untuk mengetahui bila Train akan sampai di platform. Jadi dah boleh setup masa samada nak ke tandas dan sebagainya.

Jom Naik MRT (Migration Review Tribunal) Secara Percuma
Jom Naik MRT (Migration Review Tribunal) Secara Percuma

Harga tiket selepas diskaun adalah RM 1.55 sen. ( mengikut stesen pit stop ) Cikza menyarankan adalah lebih baik menggunakan Touch n Go berbanding menggunakan token. Tapi untuk sekarang harga tiket adalah Diskaun 50% sehingga 31 Ogos 2017 . Jadi tak perlu beratur panjang untuk membeli token bila dah terlewat atau sebagainya.

Jom Naik MRT (Migration Review Tribunal) Secara Percuma
Jom Naik MRT (Migration Review Tribunal) Secara Percuma

Setiap tren mempunyai empat gerabak dengan kapasiti penumpang sebanyak 1,200 orang. Jumlah penumpang dijangka bakal mencecah kira-kira purata 400,000 orang setiap hari. Kekerapan tren dijangka setiap 3.5 minit. Kiranya setiap 4 minit tren akan berhenti di setiap stesen mrt untuk mengambil penumpang. Kiranya pantas seakan train to busan hahahah!

Jom Naik MRT (Migration Review Tribunal) Secara Percuma
Jom Naik MRT (Migration Review Tribunal) Secara Percuma

Kiranya tak rugi bawa keluarga merasa pengalaman, memang best! Bagi yang mak-mak sangat tu, kalau nak ke IKEA Cheras pun dah mudah, cuma naik MRT turun kat Taman Cochrane je. Kalau nak ke IKEA Mutiara Damansara, Cuma turun di stesen Mutiara Damansara. Macam-macam lagi lah. Kena rajin explore. Jadi ada masa terluang ni, bawalah anak-anak dan famili merasa naik mrt, rasanya ini aalah salah satu quality best time untuk mereka.


#JOMNAIKMRT