Cara Semak Bil Elektrik Secara Online Dengan Mudah

Cara Semak Bil Elektrik Secara Online - Sumber Google
Cara Semak Bil Elektrik Secara Online - Sumber Google
Cara Semak Bil Elektrik Secara Online – Sumber Google

Rupanya sekarang Bil TNB boleh di semak secara online, Mungkin umum tidak ramai yang mengetahui tentang mudah dan ringkasnya cara sebegini tanpa perlu bersusah payah nak beratur, call berhabis kredit dan menunggu lah TNB careline balas pertanyaan kita. Perkhidmatan ini adalah percuma, dan boleh diakses terus ke akaun bil elektrik dengan mudah, di mana sahaja korang berada, yang penting asalkan ada akses internet. Yang penting semuanya di hujung jari.

Dokumen Yang Diperlukan 

  • Kad Pengenalan
  • No Akaun Bil TNB ( Persendirian / Penyewa )

Jika korang penyewa pun, boleh jugak kiranya mendaftarkan no akaun tnb pemilik rumah tersebut untuk langkah keselamatan pemotongan, akibat bil elektrik yang 3-4 bulan tak pernah sampai di rumah. Untuk membolehkan korang nak semak bil elektrik TNB secara online, paling utama, wajib lakukan pendaftaran pertama kali. Isikan butir apa yang diperlukan sahaja.

Cara Buat Semakan Bil TNB Secara Online

Sudahkah korang mendaftar Akaun TNB secara online? 

 Jika belum buat pendaftaran, boleh korang rujuk  Cara Daftar Akaun TNB Secara Online. Siap ada video tutorial ditunjukkan untuk pemahaman korang nanti. Cikza dapat tahu tentang semakan bil secara online pun dari blog otai Hasrul Hassan.
Untuk semakan online berikut adalah cara-cara yang boleh diikuti dengan langkah mudah.

  • Log In Akaun 
    • Login masuk ke akaun anda di pautan berikut – https://www.mytnb.com.my.
    • Masukkan email serta kata laluan anda yang anda tetapkan semasa melakukan pendaftaran.
  •  Butiran Akaun 
    • Korang akan dibawa ke halaman seperti ditunjukkan iaitu ringkasan akaun dan bil semasa.
    • Jumlah penggunaan bil elektrik bulan semasa akan berada di ruangan sebelah kanan, ia memaparkan secara ringkas jumlah RM yang perlu dibayar serta ringkasan bayaran bil elektrik TNB sebelum ini.

  • Untuk Dapatkan Butiran Bayaran Terdahulu 
    • Untuk lihat bil elektrik bulan semasa dengan lebih terperinci, pergi ke bahagian tab – Billing & Payment History
Cara Semak Bil Elektrik Secara Online - Sumber Google
Cara Semak Bil Elektrik Secara Online

Ada beberapa lagi bahagian dalam semakan bil elektrik TNB secara online yang kiranya boleh korang explore sendiri untuk keterangan lanjut. Rasanya entry ni boleh membantu korang yang 4-5 bulan bil letrik tak sampai ke kediaman korang. Ada satu pembayaran yang belom masuk lagi, bakal dirujuk ke TNB terus nanti.

4 Replies to “Cara Semak Bil Elektrik Secara Online Dengan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge