Terperangkap Dalam Rumah Hanya Kerana Tombol Pintu

Terperangkap Dalam Rumah Hanya Kerana Tombol Pintu 

Tepat jam 6.55am Cikza dan Suami nak siap pergi kerja. Waktu tu memang tiap pagi sebelum pergi kerja, kami laki bini kelam kabut ibarat tongkang pecah ribut taufan nak bersiap pergi kerja. Adik-adik seperti biasa akan beransur dahulu menunggu dibawah. Tiba-tiba…

Sayang, pintu tak boleh bukak ni! Abang dah pulas tombol pintu tapi tak boleh bukak ni! Adoi macam dah terlewat je nak pergi kerja ni….” 

Jap! biar sayang buat pecahkan tombol ni..” 

Takpe! biar abang buat! awak  duduk je tepi tu, jangan nak berlagak kuat sangat…”

( sambil senyum nakal) 

Mulut laki Cikza ni mengalahkan pompuan, bila die bebel aduhhh! khatam semuanya tau. Tapi sentap gak bila dia sindir camtu. Ehh! dia ingat kita tak boleh buat agaknya. Ingat pompuan tak boleh buat kerja lelaki ke? Gigih jugak dia mengerjakan pintu tu! jam dah 7.45am waktu tu kami dah sangat risau. tapi biasalah suami Cikza menyambil die mengerjakan tombol, sambil tu jugak, mulut dia bekerja.

Bila dah pecah rupa gini memang berebut laki bini nak buat, almaklumlah masing-masing nak tunjuk hebat. Tapi peningggg weyy! bila dia yang nak buat tapi mulut jugak bekoje. Gasaklah encik suami asalkan pintu tu tak roboh!

Eeeeeeeee! dugaan apelah nak pergi koje camni! ni sayanglah punya pasal, lambat sangat siap nak pergi koje! ..”

Kita pulak yang kena! Takpelah sayang salah memang sayang selalu lambat siap! 

Dalam pada masa yang sama, Cikza terus call abah! mujurlah rumah dekat ngan kajang. Abah datang! suka kita tau! sebenarnya hati rindu sangat dengan abah, dapatlah lepaskan rindu ni. Rupanya nat skru dalam tu dah patah, guna apa cara pun memang tak boleh tarik keluar sebab dah loose! Mujur abah ada. Bila dah selesai semuanya terus pergi kerja, dalam nak pergi kerja tu masing-masing bertelagah hanya pasal tombol pintu. Adoiiii! Sampailah balik jam 6 petang, En.suami terus bergegas tukar tombol baru.

Tapi dia sindir kita lagi adalah! ehhhh! nak kena encik suami kita ni. Mulot die kalah orang perempuan tau. Cili kang taulah. Sabar nurul weyh! Encik suami kalau menyakat Cikza sampai kesabaran ni high performance tau. Sampai buka puasa duk sakat-sakat lagi. Cikza biasalah kuat touching terus siap-siap solat masuk bilik nak sembahyang.

Dalam kita tengah baca Quran tu. Tiba-tiba…….

Terdengarlah suara adik ipar, bagitahu yang abang terperangkap kat bilik satu lagi, tak boleh bukak pintu. ehh! terkejut Cikza, tergelak besar tau! tulah sape suruh sakat kita. Kan diri sendiri dah terkena. hahahah! haipp! dosa gelakkan laki. Sudahnya Cikza pulak yang bertukang malam tu, selamatkan Encik Suami. Sayang kat Suami Kita tau! Mujur tak calling bomba hahahahah! Bila dah dapat keluar bilik tu, terus laki peluk puan isteri yang gigih bertukang selamatkan beliau dari kelemasan akibat terperangkap dalam bilik iron baju.

Moral of the storey : 

Jangan Pandang Remeh Pada Puan Isteri Yakni Perempuan

2 Replies to “Terperangkap Dalam Rumah Hanya Kerana Tombol Pintu

  1. bln 4 ari tu kejadian yg sama jadi kat acul. terperangkap dlm bilik sbb tombol pintu rosak. dah la tgh pagi2 buta nk terkencing lak tu. puas dok cabut tombol pintu ni. last2 dapat cabut gak lepas tu biarkan tak bertombol sampai abis puasa. masuk hari raya ari tu terus tukar baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge