Terlupa.. Aku Bini Orang Tau!

Abang, minggu depan ada appointment kat HUKM! 

Dah kahwin ni, perangai pelupa Cikza memang makin teruk! Sape kata, hidup lepas kahwin ni indah? propa je lebih tu. Sebenarnya memang indah dan kelakar pun. Nak-nak korang dapat shuben yang jenis muka kelakar, suka buat lawak. Ibarat sebelum kahwin ni semuanya memang indah, serius lepas kahwin korang rasa nyesal sangat. Sebabnya nape tak kahwin awal.  Awal bulan ni, hingga harini baru tau yang shuben Cikza kaki bebel jugak memang 100% perangai abah Cikza.

Seriauuu! baru-baru ni duk terajin kemas rumah, seronok sangat bantu die susun barang. Tapi dalam menyusun barang tu, padu bebelan dia mengalahkan orang perempuan. Garu kepala jap lah kakakq tepi pintu, Mak dia selalu remind yang shuben kakaq ni jenis bebel, tapi masa bercinta tak pulak lah die kuat bebel. Lately lepas kahwin ni bebel die padu! Sampai menusuk jantung wooo! ketap bibir kakaq!

Cikza ni jenis kalau boleh nak buat ap semuanya sendiri termasuklah kalau bab-bab nak menyopping. Tapi tak sangka yang suami kita pun kaki shopping, eleh! kadang tak nampak apa yang die beli. Bila ajak p mall ada benda yang die suka apelagi kasi perabihlah duit tu. Sebenarnya Cikza ni kedekut untuk masa depan. hahahah! tapi kalau bab makan memang tak berkira sangat tapi tengok pada kemampuan.

Sebelum kahwin korang akan nampak luaran semata-mata, bak kata shuben kakak kalau belum kahwin, beg tangan makwe pun abang sanggup gendong. Bila dah kahwin alaaaaaa jadi malasss. See betul pun tapi ada ketika-ketika die akan jadi malas. Apa yang kita expect sebelum kahwin tak sama dengan yang lepas kahwin. Kadang korang tak jangka termasuklah satu kisah ni.

Baru-baru ni bukak buku rawatan, bagitahu encik suami dengan bangga yang kakaq ada temujanji dengan doktor minggu depan. Terangkan kat die situasi klinik tu nanti takut die tak salah faham nanti, punyalah sedang asyik bercerita tetiba die tenung tajam je macam nak makan orang.

” Sayang ni sewel ke? betul ke tak betul ni? 

” Awatnya abang?…La betullah sayang cakap, nanti abang hantar je, balik rumah nanti sayang call abah, bila sampai rumah sayang bagitahu abang, kita jumpa besok ye kat pejabat balik keje kita makan sama macam selalu…” 

” tengok jari tu? ada cincin tak? inai merah lagi kan? awak dah kahwin ke belum sayang? abang ni teddy bear ke? ” suara shuben i ni dah berubah jadi macam nak marah 

“Ya allah! sorry shuben ehhh! dah kahwin rupanyaaaaa ingat bujang lagi.. baru nak g ngorat doctor hensem tu”

habis part tu! dah kena makan tunjal kepala sebiji dari encik shuben. Ni namanya menempah tunjalan sakti dari encik suami, disebabkan penyakit lupa Cikza yang makin hari, makin teruk. Hingga suami kata ” Jangan nanti satu tahap, tanya nama suami pun terlupa..” Shuben Cikza ni kalau merajuk, kalah orang pompuan. Tapi syukur, hal-hal rumah dia banyak membantu.