Sawi Tumis Air, Pernahke Korang Dengar? 

Sawi Tumis Air adalah resepi ringkas penyediaan semudah campak-campak. Sangat sesuai dihidangkan bagi mereka yang vegetarian atau yang gemar makan hidangan berkuah sup. Cikza membesar dengan Sawi Tumis Air. Abah selalu buatkan untuk Cikza kadang bawa bekal ke sekolah tau! sehingga harini kalau ada masa je, cukup bahan mesti Cikza buatkan untuk famili.

Biasanya Sawi Tumis Air ni, dihidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng garing. Jarang nak jumpa lauk ni di restoran-restoran nasi campur. Melainkan hanya terdapat di warung-warung terpilih je.

Sawi Tumis Air memang terangkat kalau dihidang bersama ikan goreng garing yang panas.

Sawi Tumis Air 

Bahan – Bahan ( Hidangan 4 Orang ) 

Bahan Kisar Halus 

  • 1 ulas bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili merah
  • 6 ekor ikan bilis

Bahan-Bahan 

  • 1 ikat Sawi
  • 3 biji telor ayam
  • 3 biji kentang
  • Suhun & Tuhu Fucuk ( direndam)
  • Air
  • Garam
  • Minyak

Cara Penyediaan 

  1. Tumis bahan kisar tadi, sehingga garing dan naik bau wangi tau, jangan sampai hangus pulak. Masukkan air (ikut suka) dan kentang biarkan sehingga kentang menjadi empuk.
  2. Masukkan Sawi / Suhun / Tauhu Fucuk/ garam dan biarkan sehingga mendidih. Pecahkan telor dan biarkan sehingga masak
  3. Hidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng garing atau sambal getuk. Selamat Mencuba !

2 thoughts on “Sawi Tumis Air Bersama Telor Ringkas Dan Mudah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge