Pengalaman Puasa Pertama Bersama Suami Memang Berbeza

Pengalaman Puasa Pertama Bersama Suami Memang Berbeza

Assalammualaikum! Terima kasih kepada mereka yang sentiasa terjah blog picisan Cikza sehingga harini. Alhamdulillah hampir sebulan Cikza kini bergelar isteri orang. Syukur semuanya selamat dan selesai mengikut due yang ditetapkan. Alkisah tahun ni adalah puasa pertama Cikza bersama Suami. Nyata memang berbeza sangat. Untung mereka yang kahwin awal tau. Pengalaman orang semua berbeza.

Korea Blogger Party

Sebelum Kahwin Vs Selepas Kahwin

Jika masa bujang dahulu, memang selalu buka luar ngan mama dan abah, almaklum 30 hari puasa memang 30 hari gantung kuali. Waktu tu nak balik kajang mana sempat nak masak untuk famili. Cuma kesempatan kalau nak masak sesedap semuanya hujung minggu. Itu pun seminggu sekali lah dapat makan sesedap, hari-hari yang lain semua lauk kedai. Untuk sahur pulak, sempatlah siapkan goreng telor dadar atau sardin hahahah! win punya lauk tapi sedap makan nasi panas-panas. Dah tahu dah ramai pembaca blog Cikza peminat setia Sardin Goreng Pedas Berkuah 

Selepas kahwin semuanya berubah. Rutin Cikza bermula seawal jam 4.30 pagi di bulan puasa, Walaupun encik suami kerap bebel ” Sayang, bila lah saya nak tengok awak duduk sebelah saya ni?” hahahahah!Sorylah shuben!!!! ¬†Nama pun isteri rutin sahur wajib lah Cikza sediakan lauk simple macam goreng telor dadar, mujur suami tak cerewet bab makan, cuma penyediaan ringkas tu wajib ada satu hidangan yang berasaskan pedas, Disebabkan Cikza dah diasuh memasak ketika di bangku sekolah lagi, alhamdulillah apa hidangan yang suami inginkan, boleh lah Cikza sediakan.

Puasa Pertama Tanpa Keluarga Besar Disisi

Tahun ni, suami request nak berbuka di Pahang dahulu sebab ada urusan yang tak dapat diselesaikan lagi. Pada awal Cikza ikutkan aje. Memang teruja nak puasa, sangat teruja. Sape kata tak teruja? Walaupun rumah mak mentua tau ( Famili Suami ) masa dalam perjalanan nak balik Pahang tu, memang happy tapi part sampai pertengahan jalan, dengar pulak lagi sedih. Terasa sangat. Bila video call dengan adik. Sedih katekooo!! End up je call terus pandang luar, meleleh air mata.

 

Sambal Bilis Kegemaran Puan Isteri

Selalu lah tiap kali nak puasa, mesti ribut kat rumah atok, macam nak roboh riuh dengan suara anak-anak cucu yang balik kampung. Bazar pulak jangan kata, seluruh Muar habis ditawaf, terutama Bazar Ramadhan Sg Abong, Muar. Memang win and legend tu! Dalam tenung kat luar, tak sedar airmata deras keluar. Suami pulak perasan Cikza kememeh. aiyoo!! ” Sayang, ada abang ke kat luar tu? kenapa sedihnya ni?” eleh! korang pun yang baru kahwin mesti pengalaman 1st puasa sama ngan Cikza kan.

Mujur sepanjang sana, suami banyaklah hiburkan kita tau. Mak pulak tahu, yang menantu tak tahan makan pedas, siap buat lauk asing yang tak pedas. Ayah pulak tau menantu nak balik, sanggup beratur panjang nak dapatkan murtabak paling sedap dan femes kata JERANTUT! Terima Kasih ayah mak!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge