Nafas Cube Lokasi Terbaik Untuk Penganjuran Hari Keluarga

Korang pernah ke Tapak MAHA setiap tahun tak? rasanya ada yang pernah dan ada yang tak pernah. Baru-baru ni Cikza terlibat dalam pengambaran di lokasi kawasan Mardi, Serdang. Namun Cikza sendiri tak menyangka ada penginapan hipster yang sesuai untuk mereka yang ingin berkumpul bersama keluarga. Hipster atau tidak, korang wajib baca sampai habis tau.

Nafas Cube Lokasi Terbaik Untuk Penganjuran Hari Keluarga

NAFAS Cube@Mardi telah dibangunkan sebagai salah satu tarikan baru MAHA 2016. Pembinaannya telah mengambil masa kira-kira 2 bulan bermula dengan penyediaan cadangan serta penyediaan tapak iaitu pada awal oktober dan mula beroperasi sepenuhnya pada hari pertama MAHA 2016.

NAFAS Cube menggabungkan 3 elemen utama dalam pembinaannya iaitu kontena, culvert serta khemah dan nama NAFAS Cube@MARDI dipilih bersesuaian dengan elemen utama pembinaan projek ini iaitu daripada kontena yang berbentuk segiempat, kotak dan kubikal. @Mardi pula ditambah menjadi NAFAS Cube@Mardi kerana NAFAS Cube dibina diatas tanah milik Mardi.

Penginapan Santai Sesuai Untuk Hindar Kesibukkan Kota

Rasanya kalau diberi peluang memang Cikza sangat recomended tempat ni, sebab jauh lah dari bunyi hon, jalan sesak bagai yang buat temperature hati selalu naik. Lagi pulak kawasan Nafas Cube sangat sesuai untuk mereka yang nak buat famili day, dan sebagainya. Apa kata bagi Cikza semalam lagi untuk merehatkan mata sambil hirup udara segar kat sini. hahahah!

korang! kalau kaki Camping, sangatlah digalakkan kesini tau! Kemudahan yang disediakan semuanya berdekatan

kot ada yang teringin nak merasa tidur dalam silinder simen ni pun, boleh je tau! nampak kelainan dan hipster sikit!

Permandangan dari atas kabin pun, dah buat Cikza rasa teruja nak merasa pengalaman disini. Boleh ber BBq bersama famili jika diberi kesempatan.

Katil dalam khemah dah cukup empuk, bagi mereka yang datang bersama pasangan.

Ruang tamu kabin ni dah macam hotel 5 star tau.

Bilik Air sangat selesa tau! Janji ada toilet duduk!

Harga Penginapan Berbaloi Murah 

Bila berangan dah check-in, rasa macam selesa, katil empuk sangat, siap boleh lambung-lambung lagi tau, harga pun murah bermula dari RM 120 sahaja untuk hujung minggu. Harga adalah mengikut jenis penginapan yang dipilih. Jadinya apa tunggu lagi. Boleh tempah dah ni!

UNTUK TEMPAHAN

Tempahan / Urusan Penginapan :

📞 03-6144 1200 (Pejabat) 📱 017-480 0473 (Syazwan) 📱 017-594 9580 (Hafeez)

📱 013-380 0148 (Izwan)

Tempahan / Urusan Café :

📱 013-350 1201 (Farizan) 📱 019-348 6877 (Mazlin)

Bahagian Operasi (Penginapan dan Café) :

📱 012-342 3364 (Khairi)

Nafas Cube Facebook 

2 Replies to “Nafas Cube Lokasi Terbaik Untuk Penganjuran Hari Keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge