Gulai Tempoyak Ikan Kerisi Resipi Memikat Perut Suami

Gulai tempoyak sebut je memang nak termuntah itu sebelum kenal dengan en.suami. Before this memang Cikza tak pernah nak sentuh gulai tempoyak pun. Tak kisah lauk apa depan mata asal jangan ada gulai tempoyak. Gulai Tempoyak ni asal dari negeri pahang, tapi kalau sebut Gulai Tempoyak Ikan Patin memang ranking google teratas lah kan.

Tempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang..”

Untuk harini resepi memikat suami, ini adalah permintaan beliau sendiri. Gigih Cikza belajar dengan mak mertua sebab ini adalah kegemaran suami. Lagi pulak bila dah kahwin ni, barulah Cikza belajar sikit-sikit hadap gulai tempoyak ni. lelama sekarang dah okeh! Cuma Cikza tak makan ikan patin hahahah!

Gulai Tempoyak Ikan Kerisi Resipi Memikat Perut Suami 

Bahan-Bahan :

  • 2 ekor ikan kerisi ( size XL potong dua bahagian )
  • 15 tangkai cili padi ( ikut suka )
  • 1 inchi kunyit hidup
  • 2 sudu besar Tempoyak
  • Garam
  • Air

Tambahan :

  • Daun Kesum ( ikut suka nak letak )

Cara Membuatnya

  • Kisar kan Cili Padi dan kunyit hidup sampai lumat, tapi kalau nak original tumbuk guna lesung batu pun lagi sodap tau.
  • Satu kan bahan dalam periuk, dan dimasak atas api sehingga didih.
  • Hidangkan bersama nasi panas bersama ikan masin. Perghh!!!

Suami suka kuah pekat and nampak kuning lebih! tu yang nampak kuning diraja katekoo! Selamat Mencuba!