Ada Lembaga Hitam Di Dapur, Rupanya….

Tetengah malam tetiba dengar bunyi ada orang geledah dapur. Nak keluar takut, sebab suami khabarnya pergi minum dengan kawan, tengok jam pun dah 12.40am. Teringat adik kata, kalau waktu-waktu camni memang syaitonnn keluar cari mangsa. ehh! makin lama makin kuat. Nak telefon suami, hanset pulak kehabisan bateri. Adik-adik ipar dah dibuai mimpi. Pelik Cikza, takkan tak dengar orang geledah dapur.

Ada Lembaga Hitam Di Dapur, Rupanya….

Makin lama-makin kuat pulak, gigih keluar jalan slow-slow ke dapur almaklum rumah kecik, 10 tapak dah sampai dapur. hati membuak-buak nak tahu siapa, macam-macam lah kat kepala ni. Tiba-tiba kena sergah dengan encik suami, rupanya dialah lembaga hitam mata sepet yang duk geledah kat dapur tu. hahahaha! LOVE YOU SAYANG 

Rupanya dia dah janji, nak masakkan lauk sahur, disebabkan Puan Isteri nak demam malam tadi! ingatkan sape lah yang duk geledah, small kicthen kita.

” Sahur nanti, abang nak masak special untuk sayang!” 

Betapa gigihnya Encik Suami nak siapkan hidangan sahur! Pandai jugak rupanya shuben kita ni masak. Sepanjang bercinta hanya sekali je, dia bawakkan bekal untuk kita. Nasi Goreng Pedas Mencirit! sedap tau! Bertuahnya badan. Tapi apa yang die nak masak tu buat Cikza tertanya-tanya jugak.

Menu Sahur : Nasi Goreng Bihun Pedas!

Ternganga puan isteri duk pusing 360′ memikir apa nama menu ni! Tiba-tiba dia bukak cerita, rupanya ini adalah masakan kegemaran die yang opah selalu buat masa kat kampung. Nampak buruk je! tapi sekali suap memang berkali-kali masuk. Cikza tengok suami makan berpinggan-pinggan. Cikza telan je, sebab sedap tapi mengenangkan pedas hadap sajerlah!

Moral of the story:

lain kali jangan buruk sangka bukan-bukan dengan suami kita tau!