Teaser Jemputan Personaliti Undangan Blogger Rancangan Tumit Tinggi Terbitan RTM TV1

Credit Pic By Julia Johari

Tik-tok Tik Tok! lagi 6 hari kalau dibilang guna jari tarikh siaran semakin menghampiri. Seperti yang dijanjikan Cikza nak berkongsi dengan korang pengalaman Cikza sebagai blogger jemputan, waktu tu pertama kali berhadapan dengan kamera, bagai nak gugur jantung tau. Berpanas, berpeluh, bersahaja kiranya macam-macam ber lah. Kali ini Cikza diberi peluang as sebagai jemputan blogger siaran khusus untuk wanita bertajuk Rancangan ‘Tumit Tinggi’.

Rancangan Tumit Tinggi 

Kalau korang nak tahu, Tumit Tinggi ni adalah rancangan terbaru dari stesen RTM yang selalu disiarkan setiap hari Ahad jam 12.05 tghari. Terkejut di buatnya bila ada penggilan dari RTM untuk melamar sebagai  Slot Blogger Jemputan di Rancangan Tumit Tinggi.

Waktu tu memang tak terkata. Kebetulan pulak waktu tu, Cikza dalam mood honeymoon lagi tau, inai masih merah kat tangan tu. Kata orang itulah rezeki pertama selepas kahwin. Mujur lah suami faham tugasan seorang isteri, dan setia menemani kita ni tau. Thank You Shubenn!! Pengambaran dilakukan di sekitar kawasan Mardi, yang terletak di Serdang Selangor. Seawal 9.30 pagi terpacak lah dalam kawasan ni. Tapi rupanya, teruja jugak tau sebabnya banyak tempat menarik yang ada disini.

Bayangkanlah kalau shooting bulan Mei 2017 lepas, memang pengalaman yang sangat berharga selama 1 hari rakaman, Banyak jugak ilmu yang Cikza kutip dan belajar. Rupanya bidang penyiaran ini bukannya satu kerja mudah, apa yang diperlukan adalah kesabaran tahap paling tertinggi itupun kalau korang bercita-cita nak jadi penerbit rancangan atau kru penyiaran. Sebagai contoh pakcik dan makcik za sendiri ada yang terdiri dari mereka yang bertugas sebagai pegawai yang memerlukan mereka untuk berhadapan dengan kamera.

Bercakap Ikut Suka Membuahkan Hasil 

 Sepanjang shooting, jelas terpancar di raut muka dorang yang shoot sebab nak hasilkan sesuatu rancangan baru yang sangat berkualiti. Masa shoot tu, kalau korang nak tahu, skrip lintang pukang, kebanyakkan Cikza guna ayat sendiri dengan bantuan produser rancangan tersebut. Gugup tu jangan katalah, pendek kata semua orang gugup takde sorang pun yang tak gugup. fuh! bagai nak gugur jantung ni.

Scene Outdoor Yang Sangat Mencabar

Cuaca waktu tu memang panas sangat, waktu scene paling mencabar bila dekat satu kawasan tanah lapang yang ada kabin, nak gak ke namanya? ehh! tunggu, rahsia tau. Kalau dah tahu nanti tak suprise. Cikza banyak selit bahasa inggeris dalam setiap perbualan, tapi terlupa dengan RTM kerana semuanya bahasa rasmi adalah Bahasa Malaysia. Scene atas katil hadap laptop dengan panas terik, aduh! tapi semua tu pengalaman yang sangat berharga.
Macam-macamlah pengalaman menarik lagi yang tak boleh dilupakan. Termasuklah terpelecok kaki sebab pakai kasut betumit tinggi. Kalau korang nak tau ada cerita disebalik Kasut Tumit Tinggi Cikza ni. Mujurlah shuben sangatlah sporting. Almaklum kan kesian tengok Puan Isteri terkial-kial belajar jalan pakai high heel ni tau.

Kru Produksi Yang Sangatlah Friendly 

Memang gila-gila kru produksi ni tau, sekepala pulak tu. Mereka ni banyak jugak berkogsi pengalaman dan beri tunjuk ajar dalam menjayakan macam-macam scene yang ada. Dialog pulak memang bersahaja, katanya ” Kita Buat Dia” hahahah! itulah ayat yang terkeluar dari kak ida. yang bersahaja. Muka ketat nampak garang tapi korang nak tau die sangatlah friendly.

Nak tau apa lagi scene yang terlibat. Nantikan scene seterusnya dalam entry akan datang. Insha allah. Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak beri tunjuk ajar dan sokongan terutama dari kalangan keluarga dan suami termasuk kawan-kawan blogger yang lain. Jangan Lupa tau!!!

Save The Date! ( Wajib ) 

28 Mei 2017 ( Ahad )

12.05 Tengahari

4 Replies to “Teaser Jemputan Personaliti Undangan Blogger Rancangan Tumit Tinggi Terbitan RTM TV1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge