Shake N Take Mini Blender Menjadikan Shopee Adalah Rutin Mingguan Wajib Diterjah

Shake N Take Mini Blender Menjadikan Shopee Adalah Rutin Mingguan Wajib Diterjah | Jika sebelum ni, Cikza selalu berhabisan minyak merata berjalan ke shopping mall untuk mencari peralatan letrik yang menjadi satu keperluan. Bila terjah laman web jualan online paling popular, kebiasaan penghantaran memakan masa, lewat sampai, barang rosak dan ada caj penghantaran yang mahal. Tapi itu dulu lah. Kini tidak lagi, tapi makin bertambah-tambah semuanya menjadi.

Seorang kawan mengesyorkan satu website jualan online yang sebaris popular dengan jenama jualan online terkenal tu. Kiranya masalah rungutan Cikza bakal selesai, tapi selesai ke? Nak tahu selesai atau tidak sila baca sampai habis. Dan pengalaman berharga Cikza kongsikan bersama. Rugi kalau baca sekerat jalan je, sebab semuanya akan Cikza bongkarkan.

Shake N Take Mini Blender Adalah Motif Utama

Sebut Shake N Take Mini Blender, tentu ramai yang dah tahu, setiap hari Cikza merungut nak jus buah itu jus buah ini. Tapi pernah beli sekali kat laman web jualan online popular tapi dapat sekali sahaja guna, sebab 2 minggu lepastu dah tak boleh guna, padahal simpan tempat kemas dan teratur. hanya sekali penggunaan. Sempat buat Milk Shake Pisang je tau! ( korang tau tak? )

 

Search punya lama sebab nak bandingkan harga. Akhirnya terjebak lah membeli untuk kegunaan harian di bulan ramadhan, mana tahu nak bajet kurus dan sihat dapat pakai kebaya nanti, tentu lah encik shuben tergoda ngan hakak yang gojes ni. For surelah 30 hari bersamaan 30 jus hakak minum and blend dik non! Tapi korang nak tau tak sepuluh kali bandingkan harga, Cikza rasa di Shope Malaysia jugaklah menjadi pilihan hati lepasni. tapi bagus atau tidak meh nak kongsi pengalaman pembelian bersama Shopee Malaysia.

Pengalaman Membeli Online Di Shoppe

Dah tentu perkara pertama korang akan bertanya apa tu Shopee? ya atau tidak? Rupanya Shopee juga menawarkan barangan seperti yang kita nak dengan harga bermula dari RM 3.00 dan keatas tau. Tak kisah jenama apa sekalipun. Tapi korang boleh terjah sendiri tengok perbandingan harga. Lagi pulak barangan yang Cikza nak sangat ni, lagi murah dan penghantaran pun percuma. Gigih i buat carian sehingga betul-betul puas hati.

Carian pertama Cikza hampir tergoda dengan warna purple tu tau. Tapi harga yang di tawarkan amatlah mahal tapi bukan di Shopee tau. Korang yang kaki shopping pun tahu kan kat mana carian utama. Warna tu memang buat orang yang tengok pun cair, cantik sangat tau. Harga pulak lagi lah tergoda 70% diskaun sapa lah yang nak bagi tu. Waktu tu memang congak-congak duitlah kan nak memikir membeli atau tidak. Bila ada kawan yang duk sekolahkan kita maka carian ke sepulah berakhir dengan penuh kegembiraan.

Inilah carian terakhir yang Cikza dapat, lagi pulak bila di nilaikan, shopping di Shopee lagi murah dan berbaloi tau. Jangan kata murah tapi kos penghantaran adalah percuma tau. Lagi pulak boleh collect point. Maka dengan bangganya tertekan pulak lah “Beli Sekarang” Lebur duit tapi berbaloi tau. Tapi walau takda COD ( Cash On Delivery) tak perlu pun tak rugi, sebab berbaloi murah.

Oppsss Terbeli Dengan Sengaja Di Shopee!

Maka 2 Mei 2017 terbeli dengan sengaja pulak! Bermulalah perjalanan barang yang Cikza sehingga sampai ke tangan sendiri. Katanya adalah dalam 3-4 hari penghantaran menggunakan khidmat Pos Laju. Dengan pembelian menerusi Shoppe korang boleh membuat pembayaran bukan sahaja melalui kad kredit, tapi debit kad pun boleh tau. Tapi pelbagai cara jugak korang boleh buat bayaran jadinya wajib terjah sendiri.

 

Setiap hari, Pihak Shopee akan update dimana barang berada sekarang. Jadinya korang tak perlu risau memikirkan kena tipu dengan seller ke atau sebagainya. Shopee ni sentiasa update dari semasa ke semasa. Jika pesanan tidak diterima dalam jangkamasa yang ditetapkan, usah khuatir. korang boleh lanjutkan jaminan selama 3 hari sehingga barang tiba, dan proses bayaran boleh dilakukan terus kepada penjual. Jangan lupa buat pengesahan tau. Jika tak puas hati korang boleh batalkan pesanan dan boleh minta refund semula tau.

 

Makanya hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, naik je kerja harini ( 6 Mei 2017 ) barang yang di pesan telah kunjung tiba. Bahagianya jangan lah kata, dah berangan dalam kepala nak buat jus apa lepas ni. Sangat puas hati menggunakan servis pembelian di Shopee ni tau. Tapi jangan terus terima tanpa lihat dulu apa kandungannya. adakah mencukupi atau tidak. Jadinya peringatan bila dah dapat barang terus semak samada boleh digunakan atau sebaliknya.

Maka dengan bahagianya beritahu pada semua kawan-kawan ada port baru nak shopping tau. Lagi murah dan berbaloi-baloi.! alhamdulillah setelah selesai mukadimah tentang pengalaman ni, dengan rasminya Cikza ingin memberitahu yang Cikza telah selamat membuat pesanan baru tau. ngeee! mujur Encik Shuben yang belanja. Korang yang baca tu jangan tengok je! trylah pengalaman sendiri membeli belah di Shopee Malaysia.

Kini Shopee Dijadikan Rutin Mingguan Untuk Cuci Mata

Tak beli pun takpe, janji dapat cuci mata dan share dengan kawan-kawan apa yang menarik dan murah yang boleh di beli tau. Tak rugi pun nak share dan kongsi pada semua, sekurangnya kita sendiri dapat satu kepuasan selain perkongsian bermakna khas buat tatapan mereka yang kaki shopping online. Untuk keterangan Lanjut korang tak perlu susah payah nak hadap pc 24jam, sambil tunggu train pun boleh download di playstore atau appstore tau.

Shopee Malaysia Di Appstore

Download Here  For Iphone User

Shopee Malaysia Di Google Play ( Android ) 

Download Here For Android User

Facebook Shopee Malaysia

Facebook Shopee Malaysia 

Instagram Shopee Malaysia

Ig Shopee Malaysia


Cahaya Raya bersama Shopee

Kempen ini bermula dari 15 Mei 2017 – 30 Jun 2017 dengan menawarkan sehingga 90% diskaun seluruh platform di laman sesawang Shopee.com.my.  Kempen Cahaya Raya bersama Shopee menawarkan sehingga lebih 20 kempen, termasuk jualan istimewa dari ”official shop” dengan tawaran 25,000 produk dari lebih 10 kategori. Wah banyak peniaga yang akan turut serta dalam kempen ni, tak sabar Cikza nak shopping lagi tau.

Boleh lah kita shopping keperluan Raya murah di Shopee kerana ia menawarkan diskaun 90% sempena Kempen , pihak Shopee telah melancarkan satu program Cash-on-Delivery (COD) dengan kerjasama Pos Malaysia bagi memudahkan pembeli yang tidak mempunyai online banking. Ini sempena penghargaan pihak Shopee keatas sokongan para pembelinya yang sentiasa memilih shopping bersama Shopee. Jadi jangan lupa terjah Shopee, sangat disyorkan sebab nak dekat raya ni kan. Macam-macam ada tau.

45 Days of Surprise Giveaways

Siapa nak hadiah Raya?? Sempena Raya yang akan tiba, Shopee telah mengadakan satu giveaway yang dinamakan 45 Days of Surprise Giveaways. Giveaway ini bermula sepanjang kempen ”Cahaya Raya bersama Shopee” dijalankan. Ia menawarkan hadiah bernilai sehingga RM50,000, termasuk hadiah wang tunai.

Kami juga bekerjasama dengan syarikat-syarikat rasmi seperti Nestle, Unilever, Senheng, Huawei, OPPO dan ASOTV untuk 45 Days of Surprise Giveaways kepada semua orang,

kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Menariknya sambil korang shopping keperluan Raya murah di Shopee, sambil tu korang berpeluang memenangi hadiah yang sangat lumayan. Dengan kata lain ”kita shopping, kita dapat hadiah” hihi.. Sangat untung sebab Shopee menawarkan diskaun memang kaw kaw murah, bajet dan hadiah menanti korang.  Korang boleh layari 45Days of Surprise Giveaways untuk mengetahui lebih lanjut tentang contest ini.

6 thoughts on “Shake N Take Mini Blender Menjadikan Shopee Adalah Rutin Mingguan Wajib Diterjah”

Leave a Reply to miminadam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge