Sambal Belacan Pedas Merecik Mudah Dan Ringkas

Sambal Belacan! Sukahati Cikza nak berkongsi pun, lagi pulak pasti ada yang sedang google cara-cara nak buat sambal belacan pedas merecik ibarat mak ko hijoo! Sebenarnya mudah je penyediaan nak buat sambal belacan yang pedas dan merecik habis ni, sapa kata remeh? itulah mak suruh belajar masak kat dapur, tapi anak dara sekarang sibuk dengan gadget, tapi berguna jugak search je google.

Bila nampak sambal belacan, teringat pulak kat Encik Tunang yang suka sangat makan sambal belacan katanya pedas mengaumm. Tapi sebenarnya sedap atau tidak sambal belacan yang kita buat tu bergantung pada keikhlasan dalam penyediaan hidangan untuk orang yang kita sayang. Jom ke dapur!

Sambal Belacan Pedas Merecik
Sambal Belacan Pedas Merecik

Sambal Belacan Pedas Merecik

Bahan-Bahan 

  • 25 tangkai Cili Padi ( Kalau nak pedas Tabuh lebih )
  • 2 Biji Limau Nipis
  • Belacan ( Di bakar Terlebih Dahulu )
  • Garam ( secubit je tau )

Cara Penyediaan 

  • Belacan tu wajib dibakar terlebih dahulu, tapi sekarang ni dah ada instant belacan yang dah siap bakar, tapi lagi fresh kalau dapat belacan basah lepastu di bakar.
  • Tumbuk Cili Padi sampai lumat, selepas tu ambil belacan yang dah di bakar tadi di tumbuk bersama sehingga lumat dan sekata.
  • Perahkan air limau nipis dan secubit garam.
    • * Kalau nak lagi mantop!! hiris kulit limau nipis dan di tumbuk bersama.