Permohonan Berkahwin Bagi Negeri Selangor

Alhamdulillah sebulan lagi nak jadi isteri orang, ramai yang bertanya apa perasaan sekarang ni? aduh! jangan ditanya kat Cikza sebab semuanya ada antara rasa takut, gementar, teruja pun ada. Sebab pertama kali dalam hidup dan dalam keluarga nak buat majlis kahwin kan. Bersyukur kenal dengan bakal suami, 10 bulan balik dari umrah diperkenalkan oleh rakan dengan tak disangka, 6 bulan kenal sebagai BFF, 6 bulan jadi tunangan beliau, dan kemuncaknya sebulan lagi menjadi suri hati Mr Aiman.

Sebenarnya sedih pun ada sebab tak lama lagi jadi isteri beliau, tapi tanggungjawab abah dah selesai dan bertukar kepada suami. Waktu tu Cikza akan merindui sangat masa-masa duduk berdua dengan abah, kami layan bola bersama, layan sup atau ngeteh bersama, pergi HUKM checkup pun abah yang hantarkan. Cikza masuk wad, abah yang masakkan lauk kegemaran Cikza dan dengan tulang 4 kerat tu dia sanggup hantar makanan ke hospital, Cikza memang terlalu rapat dengan abah. ( seedih menitis air mata jap)

Bulan 2 haritu Cikza dah mula buat persiapan nak menikah, 1st jika mereka yang ingin bernikah di Selangor seperti Cikza sila baca sampai habis, salah isi borang terpaksalah tukar di system nanti tau. Mereka di Selangor tak perlu susah payah. Sebab semuanya Online sahaja.

Prosedur Permohonan Kebenaran Berkahwin Negeri Selangor 

Bagi mereka yang ingin memohon berkahwin di negeri Selangor, semuanya terletak di hujung jari sahaja. Korang boleh klik rujuk di Jabatan Agama Islam Selangor ( Nikah Rujuk & Cerai ),borang permohonan 2C dan 2D perlu diisi termasuk mandatori kosong melalui Online dan di cetak akan menjadi satu borang yang lengkap.

Contoh Borang 2C ( Perempuan ) 

Bila dah selesai isi borang 2C perlu diingatkan perkara wajib yang perlu korang kena tahu adalah tarikh mak ayah korang bernikah tau. Setelah selesai isi borang 2C baru langkah seterusnya isi borang 2D tau.

Contoh Borang 2 D ( Perempuan )

Selepas semua borang telah siap diisi, perlulah dicetak dan dikepilkan bersama dengan beberapa dokumen yang wajib dikepilkan untuk mendapatkan Cop sokongan di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat. Rupanya Ustaz yang nak cop borang Cikza sangat peramah dan friendly sangat. Kaunter di buka selepas waktu maghrib dari jam 8 malam sehingga 8.30 sahaja. Jadi kena pantas.

Senarai Semak Dokumen Permohonan Kebenaran Kahwin

  • Borang Permohonan Berkahwin Perempuan 2C & 2D
  • Salinan kad pengenalan wali
  • Salinan kad pengenalan kita dan pasangan
  • Salinan borang kebenaran berkahwin pihak lelaki
  • Salinan dan sijil asal kursus perkahwinan
  • Keputusan saringan HIV/AIDS
  • Salinan kad pengenalan saksi
  • Salinan surat nikah ibu/bapa

Jika semuanya selesai, dah boleh hantar terus di majlis agama islam selangor, macam haritu, abah yang tolong hantarkan di Majlis Agama Islam Selangor ( di Bangi ) belakang balai bomba bangi. Dengan bayaran proses permohonan sebanyak RM 10 sahaja, kena tunggu 1 jam untuk mendapatkan kelulusan kebenaran nikah di Selangor. Setelah lulus, korang akan dibekalkan borang berwarna kuning untuk diserahkan kepada kariah masjid masing-masing.

Perlu diingatkan borang ni kena hantar SEBULAN sebelum tarikh nikah. Macam Cikza nak nikah 12/5/2017 perlu menghantar borang pada 12/4/2017 untuk kelulusan. Dan sebelum nak hantar tu, pihak lelaki wajib menyelesaikan semua borang permohonan kebenaran kahwin di negeri masing-masing. Macam Cikza, bakal suami dari Jerantut, Pahang, 3 hari jugak Encik Tunang ambil cuti uruskan semuanya sekali tau. Alhamdulillah semuanya selesai. So kami dah boleh nikah tau!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge