Fate & Furious 8 | Trilogi Terakhir Fast & Furious Yang Wajib Ditonton

Fate & Furious 8 | Trilogi Terakhir Fast & Furious Yang Wajib Ditonton

Baru-baru ni Cikza berkesempatan menonton cerita yang dikatakan baru je release kat Malaysia, bertajuk Fast & Furious 8. Kalau tengok thriller penuh lagak ngeri. Tapi kalau nak tahu apa yang Cikza rasa. Filem ni telah ditayangkan pada 14 April 2017 serentak di seluruh cinema. Nak tau best ke tak? atau ending best ke tak ? Amaran : Penuh Suspen Dan Unsur Seksual Tidak Digalakkan Untuk Mereka Yang Lemah Semangat Dan Kanak-Kanak Bawah 18 Tahun

Fast & Furious 8 

Cerita ini terus dalam tempoh trilogi terakhir francais “Fast dan Furious”. Bermula ketika Dominic Toretto bertemu Cipher dan segalanya telah berubah. Team Fast Furious  menghadapi cabaran yang tidak dijangka apabila seorang wanita misteri bernama Cipher memaksa Dom untuk mengkhianati mereka semua. Namun mereka perlu bersatu untuk membawa pulang lelaki yang menjadikan mereka keluarga dan berhenti Cipher dari melepaskan huru-hara.

  • Release Date – 14 April 2017
  • Bahasa : Inggeris
  • Subtitle : Malay
  • Genre : Aksi ( Tontonan 18 Tahun Keatas Sahaja Dibenarkan )
  • Masa : 136 minit
  • Pengarah : F. Gary Gray
  • Pelakon : Vin Diesel, Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez, Jason Statham, Charlize Theron
  • Pengedar : United International Pictures

Review Fast & Furious 8 

Kalau tak kerana Vin Diesel, memang Cikza taknak pergi tengok pun. Tapi kerana beliau Cikza terjah jugak panggung. Bila tengok thriller nampak macam ada aksi lagak ngeri. Memang ada pun. Cuma pada awal tu dah rasa buat kita ni sesak dada.

Berbalik pada jalan cerita, secara keseluruhan memang terbaik, ending pun boleh lah. Cuma jalan cerita penuh dengan muslihat, tipu helah, kadang korang sendiri tak jangka itu yang terjadi. Walau banyak unsur ngeri dan seksual tapi tak sesuai untuk tontonan anak-anak sebab boleh pengaruh tumbesaran budak kecil.
Cikza suka watak Jason, serius kelakar habis, penjara yang buat nasib die berubah segalanya demi anak perempuan tersayang. Ada part yang akan buat korang tergelak tengok gelagat beliau. Bagi watak Dom pula seperti biasa Cikza tertarik dengan gaya slumber dan bersahaja dalam pemanduan memang tak pernah jemu. Cuma kalini amat sangat kesian kat dia kerana terpaksa buat pilihan antara Keluarga dan Nasib.
Watak Roman memang tak mengecewakan itulah yang Cikza tunggu-tunggu, pecah panggung dengan gelak je, ada je lawak yang bersahaja buat penonton gelak. Persoalannya kenapa Dom berpaling tadah? atas sebab apa? adakah Dom dan Letty akan bahagia? apakah kesudahan team Fast Furious ni? semuanya korang kena wajib tonton Filem ni di panggung.

Keseluruhan :

4.5 / 5 Bintang

2 Replies to “Fate & Furious 8 | Trilogi Terakhir Fast & Furious Yang Wajib Ditonton

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge