Cuti sekolah pun tak lama lagi dah ni, dah plan ke nak bawa anak-anak berjalan cuti makan angin? Kalau belum, meh baca sampai habis tempat menarik yang bakal Cikza nak kongsikan dengan sayang-sayang semua. Lagi pulak berbaloi kalau bawa anak-anak kesini, 2 in 1 katanya. Teruja dengan Percutian Last Minute Nina Mirza Untuk Anak-anak  dan Percutian Singkat Umminani Di Penang, kalini Cikza berkesempatan ingin berkongsi tentang tempat menarik yang sesuai untuk dilawati oleh korang dan keluarga nanti.

Bagi mereka yang berada di luar kawasan Kuala Lumpur, apakata rancang percutian korang kesini. Sebabnya pelbagai Tempat Menarik Di Sekitar Kuala Lumpur antaranya Publika, Muzium Kesenian Islam, KL Sky Box dan banyak lagi. Tapi salah satunya tarikan terbaik untuk bawa anak-anak berkunjung ke Menara Kuala Lumpu, kerana disitu ada KL Tower Mini Zoo, dan yang pasti akan buat anak-anak teruja dalam mengenal haiwan.

 Le Meridian Kuala Lumpur Tawarkan Penginapan Mewah Dengan Harga Paling Rendah 

Jalan-Jalan di Kuala Lumpur, sesekali hati teringin nak merasa penginapan mewah tapi nak dapatkan harga paling rendah. rasa-rasanya ada tak? Tapi harini Cikza nak berkongsi tentang mengapa bayar lebih untuk dapatkan penginapan mewah di Le Meridian Kuala Lumpur. Hotel setaraf 5 bintang yang menjanjikan penginapan mewah dan harga jauh lebih rendah.

Terletak di Jalan Stesen Sentral dan menjadi tumpuan ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Dengan lokasinya yang amat strategik berhampiran dengan pusat membeli belah terkenal iaitu NU Sentral dan  KL Sentral yang merupakan nadi transit hub utama di bandaraya Kuala Lumpur, korang boleh merancang percutian tanpa perlu memandu jauh berbatu-batu. Sebab kemudahan pengangkutan awam dah tersedia dekat. 

Le Meridian Kuala Lumpur berada sebaris dengan hotel-hotel terkenal di sekitar kawasan itu seperti Hilton Kuala Lumpur, Ascott Sentral dan Aloft Kuala Lumpur Sentral. Rasanya korang dah berkobar-kobar tak sabar nak bawa keluarga datang jalan-jalan di Bandaraya Kuala Lumpur. Tak payah nak fikir parking, atau sebagainya.

Sekarang dah terkenal dengan servis Uber atau Grabcar, korang cuma perlu akses ke apps untuk pickup point di hotel dan uber atau grab akan bawa kemana korang nak pergi dengan harga yang sangat murah. Pengalaman Cikza menaiki grabcar memang indah dan sekarang Cikza tetap menggunakan servis grabcar atau Uber jika waktu peak hours, untuk mengelakkan sakit kaki dan jimat perbelanjaan.  

Percutian Di Le Meridian Kuala Lumpur Memang Terbaik 

Melangkah masuk ke sini memang sangat teruja, sebab hotel ini sungguh megah dan  reka bentuk kontemporari yang menyerlahkan pengaruh bandaraya metropolitan. Sure bila korang jejakkan kaki ke hotel ini, pasti terpegun dengan hiasan dalamannya yang moden dan sangat bergaya. Lobi hotel ini menyediakan suatu pengalaman yang berbeza buat mereka yang datang kesini. Jangan lupa selfie banyak-banyak tau. Rugi kalau tak beritahu satu kampung percutian korang nanti. 

Le Meridian Menjanjikan Bilik Yang Selesa Dan Kemas Teratur

Hotel ini menawarkan 6 pilihan bilik yang mengikut budget korang. Jadi sesuai sangat dan patut sebelum tu korang wajib merancang percutian korang dan yang paling utama jangan lupa tetapkan budget untuk korang dan famili. Jom terjah bilik yang mewah rasanya dan pasti korang teruja sebab Cikza dah mula teruja pun. 

Le Meridian Kuala Lumpur – Superior Room

Bilik Superior Room  sesuai untuk tujuan perniagaan dan percutian, dengan kemudahan termasuk TV LED 48 inci, meja perniagaan, port data, telefon IDD dengan dua baris, peti keselamatan di bilik dengan soket kuasa aduh macam-macam lagi.

Le Meridian Kuala Lumpur – Deluxe Room

Bilik Deluxe mempunyai sama ada King Bed atau katil kembar dengan menawarkan kesederhanaan maju dan keselesaan murah. Bilik berkeluasan saiz purata dari 32 meter persegi yang menghadap ke latar langit bandar Kuala Lumpur buat percutian korang atau Cikza sendiri lebih bermakna.

Le Meridian Kuala Lumpur – Premier Room

Bilik Premier yang moden, unik dan bilik mandi besar yang elegan menawarkan kemudahan lengkap, ruang mandi dan tab mandi dengan pemandangan panoramik bandar. Dan juga terasa seperti percutian lebih santai ketika menginap di Le Meridien Kuala Lumpur Premier Rooms.

Le Meridian Kuala Lumpur – Club Room

Bilik Le Meridien Club menawarkan pemandangan panoramik bandar dan Lake Gardens dalam 36.1 meter persegi. Kemudahan dalam bilik pula, dengan 48 ” LED televisyen Smart dan pemain DVD dipasang serta telefon IDD, peti keselamatan di bilik dengan soket kuasa aduh macam-macam lagi. Teruja pulak Cikza sebab tak sabar nak dapatkan bilik dengan harga jauh lebih murah.

Le Meridian Kuala Lumpur -Suite Room

Le Meridien Suites yang memberikan pemandangan yang menakjubkan dari bandar dan Lake Gardens. Bilik tidur utama yang elegan lengkap dengan katil bersaiz king yang semestinya empuk tau. Bilik Mandi dari marmar krim indah dan luas serta  ruang bersolek yang luas. Teruja pulak kita nak bercuti.

Le Meridian Kuala Lumpur -Presidential Room

Presidential Suite memberikan  ruang tamu dan ruang makan yang luas, Suite ini boleh menempatkan 10 orang untuk makan malam rasmi atau mesyuarat, dan juga menawarkan pantri yang berasingan dengan laci bar mini, peti sejuk dan mesin kopi di dalam bilik. Bilik mandi turut menyediakan jakuzi tau. Ada yang semangat nak berendam sambil berjakuzi tak.

Permandangan Dari Bilik Hotel Yang Sangat Superb Serta Pool Yang Sangat Luas 

Permandangan View Dari Bilik Hotel- Le Meridian Kuala Lumpur

Dari bilik hotel ni, korang akan dapat menikmati view kehidupan di kota Kuala Lumpur dan panorama waktu malam di sini yang sangat superb. Mesti korang nak tahu apa lagi yang best pasal hotel ni kan. Tak Habis lagi tau Cikza nak berkongsi ni, sebab teruja sangat. Sebenarnya hotel ni sesuai juga  bagi mereka yang datang bercuti sambil nak buat kerja atau korang datang berkursus disini, nak bawa famili pun boleh. 

Pelbagai kemudahan yang disediakan  antaranya Internet Station, kemudahan laminate, print dan fotostat. Jadinya tak payah lah nak pergi jauh-jauh nak print, tau layari internet, atau fotostat dokumen. Di Le Meridian macam-macam ada.

Permandangan Kolam Renang Di Le Meridian Kuala Lumpur

Kolam Renan yang disediakan memang best especially mereka yang datang dengan anak-anak kerana mereka menyediakan permainan seperti water slides, splash’s pool. Kalau dah penat mandi manda tu, korang boleh ke The Pool Bar & Grills yang menyediakan pelbagai pilihan hidangan dan minuman di tingkat yang sama.

Le Meridian Kuala Lumpur Pool Bar & Grill

The Best Steak Menanti Korang Di Sini

The Best Steak Menanti Korang Yang Berkunjung Ke Sini

Served With
Texas Salsa
Avocado, Black Beans, Corn, Tomato, Red Onion, Chives, Coriander, Lemon Juice
and Extra Virgin Olive Oil

Roasted Large Ricotta Cheese Gnocchi
Mushroom Fricassee on Garlic Toasted French Baguette

Sauces
Homemade Texas BBQ Sauce / Black Pepper Sauce / Béarnaise Sauce

Traveloka adalah Jawapannya Untuk Cikza Dapatkan Harga Bilik Yang Terendah 

Teruja kan dapat bercuti dengan anak-anak wife dan keluarga mak ayah. Tak kan nak dok terperap kat rumah macam orang mati kutu. Walaupun percutian last minute tetap meninggalkan kenangan terindah buat mereka. Korang happy family korang lagi happy. Jadi, tunggu apa lagi, buatlah tempahan anda hari ini. Di Le Meridien Hotel in KL sentral at Traveloka adalah jawapannya  untuk dapatkan harga bilik yang terendah. Tak Percaya? 

Ramai kawan-kawan Cikza yang dah menggunakan servis Traveloka ni, rata-ratanya mereka cukup teruja dengan tempahan yang dibuat. Sebab mudah dan pantas. Jadi apa tunggu lagi, Jom rancang percutian korang dengan family. Dapatkan harga bilik penginapan mewah yang terendah hanya di Traveloka. 

 

18 thoughts on “Le Meridian Kuala Lumpur Tawarkan Penginapan Mewah Dengan Harga Paling Rendah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge