Buffet Sarapan Pagi Murah Dan Sedap RM 5.00 Di Ampang

Kalau setiap hujung minggu, jika Cikza hala ke Ampang, mesti buntu tak tahu nak sarapan kat mana. Almaklumlah kita duk kajang, bertugas di Ampang. Cuma kita ni bukan pandai sangat nak cari “The Best Breakfast kat Ampang ” makan apa ada je kadang.

Rasanya bila pokcik ajak sarapan kat tempat murah dan berbaloi cuma bayar RM5.00 per kepala, memang terkejutlah, sebab sekarang kos sara hidup dah naik jadi mana ada kedai makan yang nak buat camtu. Siap bertaki dulu dengan pokcik. Akhirnya Cikza mengalah dan ikutkan sahaja. Betul atau tidak sila baca sampai habis ye.

Sarapan Pagi Murah Dan Sedap RM 5.00 Di AmpangĀ 

Dibuka seawal jam 7.00 pagi, setiap hujung minggu memang padat dan parkir pun padat sampai seberang jalan tau, menghidangkan lebih dari 25 jenis hidangan yang sangat menyelerakan dengan harga RM 5.00 untuk seorang. Makanlah sampai perut sebu, tapi harga tetap RM5.00.

25 jenis hidangan dari pelbagai masakan, antaranya disediakan kaunter makanan barat ( western food ), kaunter kuih muih, kaunter roti, kaunter nasi lemak berlauk, kaunter mee dan bihun eh! macam-macam lagi lah ada. Sebaiknya korang sendiri pergi terjah tengok sendiri.

Kedai ni sentiasa penuh setiap hujung minggu, almaklumlah RM5.00 seorang sape taknak, lagi pulak dah termasuk air tau. ( yang disediakan sahaja ). Waktu yang dicadangkan adalah sebaiknya korang datang jam 8.00 pagi pun takpe, Sebab haritu Cikza datang jam 9.00 pagi masih lagi ada kekosongan, cuma parkir jerlah yang bercinta kena tawaf ibarat tunai umrah.

RM5.00 Untuk Makan Sampai Bentak dan Sebu

Ā 

Untuk haritu, Cikza ambil Western lepastu sambung lagi makan spagetti pulak. alahai mana tak bam-bam. Jangan kata kakaq tak payung eh! Memang tak tipu pun RM5.00 semuanya tau. Makanlah sampai puas.

Muka Puas Dapat Makan Sedap! Abi Belanja Lagi RM5.00 Sahaja

Licin weyh abi makan, bila dia makan sampai licin jilat jari, itu petanda positif kedai yang dia bawa tu sedap. Makan tak bunyi tandanya dia menghayati benau makanan kat situ. Korang yang ingin ke sini baca detail sampai habis tau.

AlamatĀ 

Naan Corner Restaurant

20, Lorong Kerja Ayer Lama, Ukay Heights, 68000 Ampang, S’gor

No Telefon :Ā 

016 – 9472020

Waktu Promo Buffet RM 5.00

7:00am – 11:30am (pada hari cuti umum & hujung minggu sahaja)

 

9 thoughts on “Buffet Sarapan Pagi Murah Dan Sedap RM 5.00 Di Ampang”

Leave a Reply to naniey Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge