Ada orang tu teringin nak makan ShellOut, layankan aje. Destinasi kalini di tentukan sendiri oleh En. Tunang yang sememangnya teringin habis nak makan shellout. Bila sebut ShellOut sah-sah teringat kuah yang dihidang bersama seafood istimewa aduh! Telan liur seketika.

Tapi terfikir kat mana port yang sedap dan murah? Port ShellOut kalini terletakĀ di Batu Caves, Gombak. Nampak kedai tu seakan fokus Patin Tempoyak, tapi rupanya ada menghidangkan ShellOut yang didambakan oleh En.Tunang.

Shellout Murah Sedap Di Patin Tempoyak Temerloh KL

ShellOut yang terletak di Batu Caves, Selangor menghidangkan 1 portion untuk makan 2 orang dengan harga RM 27.00 ( Anggaran RM13.50 satu orang ) Harga termasuk 2 Nasi dan 2 Air Sirap. Kuah pulak ada 2 jenis yang boleh korang pilih seperti Sambal Pedas atau Sweet Pineapple.

Waktu tu Cikza pilih perasa Sambal Spicy, rasa not bad jugaklah. Sebab dah murah lah kan. Cukup untuk makan 2 orang. Kalau nak dating makan santai pun memang bersesuaian tau.

Shellout Spicy Sambal Memang Berbaloi JimatĀ 

Jangan kata kakaq tak payung, nampak sedap pulak dalam gambar ni, tapi memang jimat dan berbaloi. Anggaran satu orang makan RM13.50 sahaja. Tapi ni memang dah siap Pakey RM27.00. Boleh makan 3 orang tau. Cuma tambah 1 nasi dan 1 air je.

Ada ketam, ada scallop, ada sotong, ada lala, ada kepah, ada udang tak tersebut lagi dah sebab terasa liur lagi. Macam nak terjah lagi je. Kalau nak tahu, Shellout yang sedap terletak pada kuahnya, if kuah tu sedap pedas memang 5 bintang lah kan.

Muka Puas Dapat ShellOut, Yeay! Abi Belanja!

Nampak tak licin weyh abi makan, bila dia makan sampai licin jilat jari, itu petanda positif kedai yang dia bawa tu sedap. Makan tak bunyi tandanya dia menghayati benau makanan kat situ. Korang yang ingin ke sini baca detail sampai habis tau.

Alamat :Ā 

Patin Tempoyak TemerlohĀ 

No 11, Jalan PPS 1, Pusat Perdagangan Selaseh, Batu Caves, Gombak.Ā 

No Telefon :

011-32206999Ā 

Facebook :

Patin Tempoyak Temerloh KL Facebook

Instagram :Ā 

Patin Tempoyak Temerloh KL InstagramĀ 

14 thoughts on “Shell Out Murah Dan Sedap RM13.50 Di Gombak”

Leave a Reply to cikzacom Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge