Masa mula-mula masuk je, terliur bila tengok setiap meja ada hidangan berlainan, harum semerbak hidangan yang ada kat setiap meja. Tapi jangan terkejut tengok harga berbaloi dengan satu hidangan yang boleh makan 2 orang tau. Pop’s Eatery Wangsa Maju, KL adalah pilihan kafe santai Cikza untuk diketengahkan kalini.

Sapa yang kuat makan, atau yang suka makan western try lah cafe ni, tengok menu yang ada pun dah buat Cikza rambang mata nak order mana satu pun tak tau dah. Sape yang duk area sini mesti dah tau apa keistimewaan kat cafe hipster tu.

Pop’s Eatery Wangsa Maju, KL

Nak cari lokasi mudah je! Bersebelahan dengan Burger King’s dan berhadapan dengan Wangsa Walk, rasanya dah boleh agak and tau kat mana terletaknya cafe ni. Harga hidangan bermula RM9.90 rasanya dah boleh jengah bawa kawan-kawan atau keluarga datang sini. Lagi pulak satu hidangan portion untuk 2 orang kiranya berbaloi lah berkongsi sambil menikmati makanan yang lain.

Cheezy Fries Menjadi Pilihan Utama Cikza

Tanpa toleh kiri-kanan sedar-sedar dah habis, tak cukup satu katanya, RM 13++ tapi dah dapat POP’S memang tak nampak Burger King’s kat sebelah tu. Walaupun ada portion yang sama, tapi sos cheezy tu memang tak kedekut, sempurna sebab rata satu mangkuk hidangan tau. Tak perlu request sos extra pun dah cukup banyak kiranya tu.

Jom Tengok Menu Lain Pop’s Eatery 

Salted Egg Yolk Cream Pasta With Grilled Herb Chicken

Creamy Chicken Mushroom Awesome Habis!

Menu Special Yang Wajib Cuba! 

Setakat ni memang Cikza order menu kat atas tu, Next time ada menu lain Cikza akan ketengahkan and just update edit je dari entry ni. Tapi seriusly memang sangat berbaloi datang sini bak kata pokcik, Kafe Pop’s Eatery bakal jadi kafe santai kami 2 minggu sekali je.. hahaha! Sebab kalau hari-hari boleh jadi rabak walaupun berkongsi.

Hati Puas Dapat Cheezy Fries & Creamy Chicken Mushroom 

 

Esok kita mai lagi, kata pokcik! okeh berpegang pada janji, kutunggu janjimu. Rasanya keseluruhan memang terbaik, kalau nak lepak santai pun boleh, tempat dan persekitaran tenang, cool terbaik memang sesuailah kalau weekend takda buat pape tu, layan tekak kat sini. Masa nak balik tu terpandang ada pulak beetroot with apple juice nanti nak cuba pulak.

Alamat :

1, Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

No Phone :

03-4144 3162

Waktu Operasi :

12:00 – 3:00 pm, 6:00 – 11:00 pm

Facebook : 

Pop’s Eatery Facebook 

Instagram :

Pop’s Eatery Instagram 

 

8 thoughts on “Kentang Cheezy Ni Buat Aku Puas Makan, Berbaloi Kalau Dapat Lagi!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge