xXx: The Return Of Xander Cage

Baru-baru ni Cikza berkesempatan menonton cerita yang dikatakan baru je release kat Malaysia, bertajuk xXx: The Return Of Xander Cage. Kalau tengok thriller penuh lagak ngeri. Tapi kalau nak tahu apa yang Cikza rasa. Filem xXx: The Return Of Xander Cage ni telah ditayangkan pada 26 Januari 2017 serentak di seluruh cinema. Nak tau best ke tak? atau ending best ke tak ? Amaran : Penuh Suspen Tidak Digalakkan Untuk Mereka Yang Lemah Semangat

xXx: The Return Of Xander Cage
xXx: The Return Of Xander Cage

xXx: The Return Of Xander Cage

Atlet ekstrim yang bekerja untuk pemerintah iaitu Xander Cage (Vin Diesel) yang diduga telah lama mati tiba-tiba kembali pulang. Secara diam-diam dia bertindak bersama dengan para pengikutnya yang baru saja direkrut. Terpaksa berhadapan dengan seorang prajurit alpha bernama Xiang (Donnie Yen), dan teamnya berlumba untuk memulihkan senjata berbahaya dan tak terbendung yang dikenal sebagai Pandora’s Box. Dikatakan perantara untuk memusnahkan setiap Satelit di Angkasa Lepas. Mampukah beliau melakukan misi ini?
  • Release Date – 25 Januari 2017
  • Bahasa : Inggeris
  • Subtitle : Malay / Chinese
  • Genre : Aksi ( Tontonan 18 Tahun Keatas Sahaja Dibenarkan )
  • Masa : 110 minit
  • Pengarah : D.J. Caruso
  • Pelakon : Vin Diesel, Samuel L. Jackson, Tony Jaa, Donnie Yen, Deepika Padukone, Nina Dobrev, Ruby Rose, Toni Collette
  • Pengedar : United International Pictures

Review xXx: The Return Of Xander Cage

Kalau tak kerana Vin Diesel, memang Cikza taknak pergi tengok pun. Tapi kerana beliau Cikza terjah jugak panggung. Bila tengok thriller nampak macam ada aksi lagak ngeri. Memang ada pun. Cuma pada awal tu dah rasa buat kita ni lemah semangat.

xXx: The Return Of Xander Cage
xXx: The Return Of Xander Cage

Pada awalan rupanya ada penampilan istimewa yang rasanya korang sendiri tak jangka. Bukannya apa, rupanya beliau ada bakat untuk berlakon. Yang bagusnya filem ni, turut menampilakan pelakon dari India, China, Thailand dan sekitarnya kecuali Malaysia.

xXx: The Return Of Xander Cage
xXx: The Return Of Xander Cage

Cerita ni kalau dilihat plot yang dipaparkan rupanya pertarungan 2 kumpulan yang sama untuk berebut satu kotak yang mampu mengawal satelit dunia. dalam beberapa cara yang menentang semua. Dengan pelbagai aksi melampau dan terlampau mampu jugak menampakkan jalan cerita dengan satu matlamat dan tujuan.

xXx: The Return Of Xander Cage sebenarnya korang dapat tau cerita sebenar di akhir filem tersebut, bagaimana semangat setiakawan dapat membantu mengatasi masalah yang dihadapi. Dan menghapus pihak yang cuba mempergunakan mereka untuk satu tujuan ( Menguasai Dunia ). Adakah hasrat mereka kesampaian?

xXx: The Return Of Xander Cage
xXx: The Return Of Xander Cage

Jalan cerita ni juga apa yang kita lihat, adalah kepercayaan dalam satu organisasi dalam mereka yang berjawatan tinggi duk senang lenang menggunakan pengaruh dan kuasa untuk menakluki dunia. Dengan hanya satu kotak yang mampu mengawal semuanya. Tapi rupanya kita tak jangka dalam dikalangan mereka yang menghadiri sidang meja bulat, ada yang kawan makan kawan, dan tikam dari belakang.

Jalan cerita ni, walau penuh unsur untuk tontonan 18 tahun keatas tapi sebenarnya ada beberapa pengajaran yang boleh diambil dari sudut positif yang boelh kita lihat. Pengorbana, Kesanggupan, Semangat Setiakawan, Kepercayaan, Minda Positif. 

Keseluruhan :

4 / 5 Bintang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge