Letihnya Badan,Manjakan Diri Di Beringin Spa & Beauty Pun Bagus !!

Letihnya Badan Ya Ampun. Baru harini lah dapat tengok blog sendiri selepas bertunang haritu. Letih badan terasa sampai harini, cuma kesempatan nak update tu, baru nak menaip dua tiga patah perkataan terus masuk draf. Letihnya tuhan jerlah yang tahu. Ini baru majlis bertunang. Belom lagi majlis kahwin. Rasanya patah riuk pinggang, urhk! matil anak! setiap hari ada je menapak cari apa lagi barang yang tak cukup sampai jadi letih.

Ya! Inilah Spa yang disyorkan, Beringin Spa & Beauty yang terletak di Bangi. menawarkan pelbagai rawatan seperti urutan badan, rawatan muka, manicure pedicure, sauna, mandi bunga dan rawatan rambut. Nampak macam ekslusif dari luar, rasanya nak masuk kena fikir 2-3 kali dulu agaknya ni.

Masa nak naik tu rasa macam risau kalau mahal, malu je tak cukup duit. Kang keluar headline ‘Selebriti blogger berhutang dengan Spa‘ rasanya memang dah tau sape. Tapi melangkah je kat tangga nak naik tu, harumm! bukan harum sundal malam. tapi bau aromaterapi yang menenangkan, tu belom terjah masuk dalam.

Sekali lepas dah tengok menu ala-ala order makanan gitu!, terus tarik  lega dan tertawa kecil. Ownernya Husna, explain yang dorang ada tawarkan perkhidmatan secara ala carte dan package. Memula Cikza ingat nak ambil yang ala carte tapi  setelah melakukan pengiraan timbang tara  secara pantas dalam Cikza mendapati harga package lebih murah rasanya dah cukup murah tapi  nak murah lagi.

Pakej yang Cikza ambil adalah Pakej Jasmine RM100 :

  • Body Scrub
  • Aroma Back Massage
  • FREE Body Sauna & Foot Soak

Waktu ni, tengah buntu nak pilih mana satu yang best!, kalau rujuk pakej kebabom semuanya memang terbaik, ruginya kalau korang tak cuba. Tapi bila ambil satu pakej, tamak pulak hati nak semua pakej! boleh rabak poket woo!

Perkara pertama adalah masuk dalam sauna ni. Macam penyiksaan sebab panas gila. 20 minit Cikza bertapa  duduk dalam ni, sambil baca majalah. Untuk sihat dan cantik punya pasal, ku gagahkan jua membaca majalah dalam tu sampai khatam. Sesekali terpaksa bukak pintu nak hirup udara luar.

Bila selesai bersauna, kita masuk Part ke-2 pulak. I was told that the whole package will take about 1 hours and 15 minute. To be honest, bila dorang nak start je urut Cikza punya otak dah terfikir terbongkang tidur. Mata Kuyu! Best gila weyh. Tau-tau je dia suruh pusing depan, pastu pusing belakang. Dengan instrumental music, betul-betul memang relaxing and feel comfort sangat! Lepas dia urut, dia proceed dengan body scrub yang Cikza pilih dari 3 jenis iaitu Coffee Scrub.  Yang body scrub tu sampai ketiak pon nak scrub. So make sure you all shave ye apa yang tak patut tau hee.

Seronok la dapat orang urut dan belai badan yang dah expired  ni. Sekali sekala apa salahnya kan. Daripada beli baju atau barang yang tak berpatutan tak berhenti apalah salahnya kita bazirkan  duit untuk health. Badan sihat, otak cergas, hati pun gembira. Encik tunang pun makin sayang.

Dah-dah jom balik! cukup masa dah ni! Tapi sebelum balik tu, jangan lupa nak teguk air yang disediakan, kata owner tu! 1st time Cikza minum Teh Jasmine! rasa kelat tapi nak cantik punya pasal berbaloi rasanya!

 

Tunggu! kang nak dekat majlis kawen, Cikza nak grab pakej yang disyorkan oleh untuk bakal pengantin. Rasanya berbaloi dengan harga dan pakej yang ditawarkan, staf dan owner pun friendly sangat. Papehal penuhkan tabung Spa dulu. Baru suku syiling penuh dalam tabung tu.

Untuk yang berminat, anda boleh hubungi no dibawah untuk appoinment.

Beringin Spa & Beauty
Alamat : No 31C, Tingkat 1, Jalan Medan Pusat Bandar 4, Seksyen 9
Bangi, Malaysia
Contact no : 019-264 2721

Operation hour : 8AM-10PM

10 thoughts on “Letihnya Badan,Manjakan Diri Di Beringin Spa & Beauty Pun Bagus”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge