Semakan Status Senarai Hitam Perjalanan Ke Luar Negara

Semakan Status Senarai Hitam Perjalanan Ke Luar Negara 

Mungkin diantara kita ingin melancong ke luar negara untuk bercuti kan? Tetapi sudahkah korang dah membuat semakan status perjalanan sebelum ke luar negara? Sediakan payung sebelum hujan, kini Jabatan Imigresen Malaysia telah menyediakan kemudahan kepada mereka yang ingin memulakan perjalanan ke luar negara dengan menyemak Status Senarai Hitam ‘Blacklist’ Imigresen secara online . Semuanya nyata di hujung jari, tanpa perlu bersusah payah beratur panjang.

Semak Perjalanan Senarai Hitam
Semak Perjalanan Senarai Hitam

Cara Untuk Menyemak Status Senarai Hitam Perjalanan Ke Luar Negara

  • Isikan Butiran No Kad Pengenalan 
  • Tekan Butang ” SEMAK “
  • Keputusan akan terus terpapar dan jika didapati Tiada Halangan / Sah Pada Tarikh Dan Waktu Semakan Di buat, maka korang boleh melakukan perjalanan ke Luar Negara.

Mudah dan pantas, semuanya hanya di hujung jari, tanpa perlu bersusah payah nak beratur panjang. Tapi jika korang sendiri ada sebarang kemusyilan berhubung semakan senarai hitam tersebut, bolehlah rujuk kepada Pejabat Imigresen yang berhampiran atau boleh menghubungi di talian Pusat Panggilan 1 Malaysia ( 1MOCC ) : 03-8000 8000 .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge