RM 37 Untuk Satu Bingkai Cermin Mata, Tapi Berbaloi ke?

Harini Cikza nak berkongsi tentang cermin mata baru yang dapat tadi. 2 bulan lepas ada booth tentang waqaf cermin mata bingkai RM37 sepasang siap dengan cermin berpower mengikut kita punya power cermin mata kat Opis Cikza di Ampang. Memang meriah dan boleh dikatakan meletup habis. Almaklumlah murah dan semurahnya lah kan. sape tak nak kalau harga RM37.

20161111_204927

RM 37 Berbaloi Ke ?

Pada mula macam sayang je RM37 untuk sepasang cermin mata, lagipun duk terfikir masih elok lagi cermin mata yang ada. Bila ada makhluk yang dinamakan batu api tapi bukan batu bersurat menghasut, mulalah kekonon fefeeling nak ikut trend tapi tak terfikir lah muka tu cantik ke?bulat ke comel ke,?Sesuai ke dengan bentuk muka Cikza? tapi pada Cikza asalkan ianya mengikut trend.

Cermin mata kalau nak beli sekalipun murah biarlah ianya bersesuaian mengikut mimik muka kita, kadang muka bulat sesuai yang berpetak, muka bujur sesuai yang bingkai bulat, muka petak sesuai dengan bingkai bersegi. Apapun jangan gelojoh nak buat pilihan.

12391947_1047194785317774_8708208281781489038_n

Agak – Agak Mana Yang Bersesuaian ?

Bila cermin mata dah siap, terus cuba untuk mendapatkan hasilnya, memang terasa berbaloi dengan harga yang Cikza buat seakan bingkai beratus-ratus yang ada kat luar sana, tapi Cikza mengeluarkan modal serendah RM37 sahaja untuk mendapatkan satu bingkai cermin mata. Tapi bila dah beli satu tu maka terjadi sekali lagi batu api untuk biarkan Cikza membuat pilihan satu lagi. Cikza sendiri tak tahu mana yang sesuai dengan Cikza. Memang rambang habis. Lagi pulak macam-macam warna dan design ada.

picsart_11-11-09-00-19
Bingkai Rimau yang trendy dan funky
picsart_11-11-09-01-15
Bingkai Plain Yang Dah Menjadi Trend Kebiasaan

Akhirnya 2 bingkai Cikza sambar, inilah hasilnya. Walau murah ianya berbaloi setanding dengan bingkai cermin mata yang mahal seperti di pasaran luar sana. Cuma Cikza nak minta pandangan korang boleh tak?

Yang Mana Satu Bersesuaian Dengan Cikza? Adakah Plain atau Design Rimau Yang Funky? 

Bagi mereka yang ingin dapatkan bingkai cermin mata super duper murah

14908332_1706445193007873_4127057644666443719_n

Waqaf Cermin Mata 

Talian Hotline : 016-8373103

28 thoughts on “RM 37 Untuk Satu Bingkai Cermin Mata, Tapi Berbaloi ke?”
  1. Nak tumpang tanya, lama tak tunggu dia nak siapkan? Saya ada buat pembelian bulan lepas. Tapi sampai sekarang tak ada dia contact and dah try call and text pun tak jawab. Hehe thank you

  2. Saya nak tanyalah spek wakaf ni scam ke??? Dah sebulan lebih da beli.. Tp bila call sume x angkat.. X kan lah bz sngt kut

    1. Spek wakaf ni bukan scam tapi betul, cuba g kat plaza perangsang.. katanya kat situ ada dorg bukak booth.. tp memang bercinta nak dapatkan cepat, ramai yang menanti, almaklum kilang pembuatan kecil tp permintaan seluruh malaysia. Biasanya kami tunggu sms mengatakan spek dah siap.

    2. Haaaaa sama la! Harini sy dh kat plaza perangsang, tpi booth dh takde, nk dtg kedai, alamat xde dlm waze pun! Call byk kali tak angkat plak tu! Sakit ati. Sy baya rm100 lebih kot. Sebab satu spek tu power tinggi. Mmg nampak mcm scam jer. Adui sakit jiwa. Bile saya whatsapp xbrenti, dia reply, kata demam, abih kalau dh dari bulan 12 xjawab call, apa citer? Saya tanya kedai kt mana xjawab jugak, cmne citer ni? Penipu betul. Dh la nbr fon satu je

          1. Alhamdulillah sy dapat dha..itupun sbb ada bos2 yg push gak.. tp cadangan sy p buat tribunal kalo masih dalam seminggu dua tak dapat

  3. Sy pun buat cermin mata kt cni 26/11… smpi skrg xde khabar berita. Call xjawab². Scam ke? Mgkn xmahal. Tp klu sehari 50 org buat. Kira la… huhuuu

          1. Blk filipina ke apa ke klu customer whatsapp tu reply la. Kata baru anta specCkt ofis awk kemarin, pastu skrg boleh pulak main rasa². Kejap rasa kat malaysia, kejap rasa mcm kt filipina. Mcm pki pintu ajaib pulak. Nampak mcm back up sgt nih?

          2. Sy x backup kami kat sini pun ada ramai staf x dapat lagi.. salah satu cara p terjah wall die.. kami kat sini pun push2 die jugak.. sy kadang stalker gak fb die, send request tp x approve.. boleh agak die ada mane, sbb posting die semua public. Tapi if masih ada lagi harini x tgk lagi, nt sy cari semula

            Awak call no yg mane, nah try no lagi satu.. sy dah cuba dapatkan pada staff yg dah dapat

            014-3567824

  4. Maaf mencelah. Cuma nak berkongsi, mak saya ada beli spec wakaf tu jugak, buat dari hujung nov 2016, pertengahan jun 2017 baru dapat msj spec dah siap. Setengah tahun tunggu. Dapat lambat sebab power terlampau tinggi. Alhamdulillah walaupun lambat, tapi mmg berbaloi.

    1. Sebab rasanya kami di sini ramai yang buat police report mane yg tak dapat cermin mata lagi. sebab saya bukan pekerja kedai tersebut, secara kebetulan, beliau datang promote cemin mata waqaf di pejabat kami.

Leave a Reply to Yoorin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge