KL Tower Mini Zoo

KL Tower Mini Zoo Lokasi Terbaik Sempena Cuti Sekolah 

Cuti sekolah pun tak lama lagi dah ni, dah plan ke nak bawa anak-anak berjalan cuti makan angin? Kalau belum, meh baca sampai habis tempat menarik yang bakal Cikza nak kongsikan dengan sayang-sayang semua. Lagi pulak berbaloi kalau bawa anak-anak kesini, 2 in 1 katanya. Untuk kalini Cikza berkesempatan ingin berkongsi tentang tempat menarik yang sesuai untuk dilawati oleh korang dan keluarga nanti, kebetulan waktu tu,

unset

Cikza ada Famili Gathering Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari ( KBBA9) Korang pernah datang ke Menara Kuala Lumpur tak? Tahukah korang, di Menara KL ada mini zoo yang wajib korang bawa anak-anak terjah.?

KL Tower Mini Zoo terletak di sebelah Menara KL

KL Tower Mini Zoo terletak di sebelah kiri Menara KL, pelbagai haiwan yang boleh korang dan anak-anak lihat secara live, hinggakan dapat memberi makanan secara live sambil mengajar anak-anak tentang binatang-binatang yang ada dalam mini zoo tersebut, rasanya tak rugi berhabis membawa anak-anak bersukaria sambil belajar mengenal haiwan-haiwan yang ada disitu.

KL Tower Mini Zoo
KL Tower Mini Zoo

Bagaimana Nak Ke KL Tower Mini Zoo ?

Macam Cikza menggunakan Public Transport, dari KL Sentral, terus mengambil LRT ke Dang Wangi, harga tiket RM 2.00 sahaja. Dari LRT Dang Wangi, terus naik teksi terus ke Menara KL, anggaran RM 5.00 sahaja mengikut meter.  Sampai di atas, terus korang akan nampak kaunter utama KL Tower Mini Zoo terletak di sebelah kiri. Tapi bagi mereka yang nak berjalan kaki, cuma mengambil masa 15 minit dari Stesen LRT Dang Wangi, terus ke pintu masuk Utama Menara KL, sebab ada shuttle percuma yang akan bawa korang ke atas nanti.

Untuk mereka yang membawa kenderaan, untuk motosikal, hanya Free je tau, Kalau untuk kereta, sejam pertama adalah RM 4.00 dan sejam yang seterusnya adalah RM3.00. Perkhidmatan Valet juga disediakan cuma RM 15.00 sahaja untuk parking. Ada Valet boy yang bertugas di Kaunter Valet yang murah dengan senyuman dan sentiasa ramah dengan pelanggan.

KL Tower Mini Zoo
Penyambut Utama Petah Berkata – KL Tower Mini Zoo

Penyambut Tetamu Cilik Cik Yah & Cik Yu

Kedatangan korang, selepas beli tiket di KL Tower Mini Zoo disambut oleh 2 ekor burung kakak tua yang petah bicara, Cik Yah ( merah ) dan Cik yu ( Biru ), non stop talking, terjerit-jerit bertabah jerlah nak faham bahasa burung ni. Lagi pulak gelagat tetamu cilik ni memang terhibur hati ni tau. Dah lah comel, Cantik pulak tu. Bila kita kacau menjerit macam kita nak cabut kepala dia plak! hahahah!

14947932_1235967316474052_6452073573828029022_n

Harga Tiket Masuk KL Tower Mini Zoo

Musim cuti sekolah ni, ada Family Package untuk 2 Dewasa dan 2 Kanak-Kanak serta free 2 aiskrim serta yang paling wajib bagi pemegang Mykad dikenakan RM 98 sahaja, berbanding tanpa Mykad RM112. Harag tersebut adalah untuk pakej 4 orang, Harga tiket terkini setakat harini adalah RM37 sahaja untuk Dewasa, dan RM27 untuk Kanak-Kanak, bagi Warga Emas berusia 60 tahun keatas, harga tiket adalah sama seperti harga tiket masuk Kanak-Kanak, RM27. Agak-agak mana yang berbaloi?

 Apa Binatang Yang Ada Disini?

Rasa-rasa mesti korang terfikir ada gajah, zirafah dan sebagainya. Uih! jauh terpesong tu, papan tanda pun merujuk kepada MINI ZOO so kat sini cuma ada binatang yang terpilih dan senang dijaga. Walaupun ada binatang yang berbisa, namun di pantau rapi oleh pihak Mini Zoo disini. Antara binatang yang menjadi tarikan utama kat sini adalah Meerkat.

Meerkat

20161113_100807

20161113_102051

20161113_102157

20161113_101049

20161113_102240

20161113_105306

“Feed Animal” Secara Live Memang Sangat Teruja

Itu sebahagian sahaja dari binatang yang ada di sini, selebihnya korang sendiri wajib terjah, kalau cerita semuanya, nanti takde kejutan lah kan. Lagi pulak tak rugi luangkan duit dan masa untuk anak-anak asalkan mereka happy dan gembira. Menyambil tu boleh jugaklah korang beri makan binatang-binatang yang ada dalam tu secara “live” tau. Fuh! ruginya kalau tak bawa keluarga datang sini.

20161113_103521

20161113_103908

Dah Pusing Satu Zoo Mini, Jangan Lupa Beli Cenderahati

Dah puas berjalan, jangan lupa beli cenderahati sebagai kenangan, macam-macam ada disini. Beli-beli sambil hiburkan hati, macam-macam koleksi seranggan yang di jadikan perhiasan yang juga terjual disini. Key Chain sebagai tanda tulus ikhlas telah ke sini pun boleh hahaha!

20161113_113440

20161113_113418

6 thoughts on “KL Tower Mini Zoo Lokasi Terbaik Sempena Cuti Sekolah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge