Borang Permohonan Rumah Bina Negara ( RBN ) RISDA

Borang Permohonan Rumah Bina Negara ( RBN )RISDA

Seperti yang lepas, ada Cikza menceritakan tentang cara-cara untuk memohon Rumah Bina Negara ( RBN ) RISDA, sambutan amat menggalakkan, Namun ada beberapa pertanyaan mengenai contoh borang dan tentang borang serta dokumen yang perlu di bawa untuk memohon dan di kepilkan bersama borang tersebut. Seperti yang dinyatan pada syarat permohonan.

Syarat Permohonan RUmah Bina Negara RISDA.
Syarat Permohonan Rumah Bina Negara RISDA.

Syarat Permohonan RUMAH BINA NEGARA ( RBN ) RISDA

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 – 45 Tahun semasa permohonan di hantar
  • Generasi Kedua Pekebun Kecil RISDA
  • Bermastautin Di KAMPUNG
  • Sudah Berkahwin
  • Tidak Memiliki Rumah Sendiri
  • Tanah Yang Bersesuaian
  • Bersetuju Kaveatkan Tanah
  • Mampu Menanggung Kos Penyediaan Tapak

Borang Rumah Bina Negara ( RBN ) RISDA 

Seperti yang di nyatakan, borang permohonan Rumah Bina Negara ( RBN ) RISDA kini boleh di dapati secara Online dengan memuat turun borang di bawah.

YA! memang mudah melalui online, tapi jika anda cuba menghubungi Pegawai yang bertugas pasti talian terlalu sibuk untuk dihubungi sehingga harini. Jadi amatlah mudah untuk jika anda mengambil borang sambil menyatakan kemusykilan yang ada, dan Pegawai bertugas sedia membantu. Dibawah adalah Contoh Borang Rumah Bina Negara ( RBN ) RISDA. 

Contoh Borang Rumah Bina Negara ( RBN ) RISDA

Contoh Borang Rumah Bina Negara ( RBN ) RISDA.
Contoh Borang Rumah Bina Negara ( RBN ) RISDA.

 

Jika Borang permohonan Rumah Bina Negara ( RBN ) RISDA telah diisi, Adakah semua dokumen diperlukan tersedia ada? Kebanyakkan mereka masih tidak buat senarai semak permohonan untuk memastikan semuanya mencukupi, dan akhirnya permohonan di TOLAK atas sebab dokumen tidak mencukupi untuk di kepil bersama.

Senarai Semak Permohonan Borang Rumah Bina Negara ( RBN ) RISDA. 

  • Borang Rumah BN1 telah diisi dengan lengkap
  • Salinan Fotostat Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Fotostat Kad Pengenalan ( Pasangan )
  • Salinan Sijil Perkahwinan / Penceraian / Kematian ( Suami Isteri )
  • Salinan Slip Gaji / Surat Pengesahan Pendapatan
  • Sijil Carian RAsmi / Cabutan Hakmilik Dari Pejabat Tanah ( Yang terbaru ) ( Salinan Asal )
  • Surat Akujanji Pemohoan atau Surat Tidak Memiliki Rumah / Mempunyai Rumah Yang Usang / Tidak Sempurna Yang Disahkan Oleh Pemimpin Tempatan.

 

Jika kesemuanya telah mencukupi, sila berurusan dengan Pegawai RISDA yang bertugas untuk tindakan selanjutnya. Jika ada pertanyaan boleh diajukan juga kepada Pegawai RISDA yang bertugas. Mereka sedia membantu. Dan Jika anda ada buat panggilan ke Pejabat RISDA yang berhampiran dan kerap lewat atau panggilan tidak dapat disambungkan ini kerana, panggilan masuk untuk RUMAH BINA NEGARA RISDA terlalu banyak diterima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge