Kisah Seram | Misteri Kanak-Kanak Tanpa Suara dan Volkswagen Kuning

Kisah ni terjadi, ketika Cikza sendiri waktu tu berusia 9 tahun.  Kalau diingatkan semula pasti, seram naik bulu roma. Kisah ni, benar dan di ceritakan oleh abah sendiri pada Cikza bila berginjak usia dewasa. Msa dengar tu, macam tak percaya. Tapi bila difikirkan semula memang percaya sebab ingat-ingat lupa laluan nak ke Hospital Bahagia Ulu, kinta tu memang menyeramkan dengan ada seakan stesen keretapi tinggal lagi.

hantu-kereta

Tepat Jam 1 Pagi 

Kisah Bermula ketika tu, dalam perjalanan nak ke Hospital Bahgia, Ulu Kinta, Perak. Waktu tu, mama berkursus sebagai Jururawat Terlatih kat sana. Secara kebetulan, mama dah habis pengajian disana. Atas faktor nak kemas semua barang-barang mama, abah memang nak gerak malam dan kalau boleh sdampai sana subuh hari. Lebih kurang dalam pukul 1 pagi sememang waktu tu memang laluan tak berapa banyak kenderaan di lebuhraya.

Bila sampai di hentian RnR ( tak sure kat mana ) abah nak berehat kekonon feeling nak minum ngopi. Dalam dapat lelap tu, 5 mini lepastu. Mulalah perjalanan terus ke tempat yang nak dituju, tapi semakin lama semakin kete ni berat sangat, lepastu seakan ada orang melompat-lompat duduk kerusi belakang. Memang waktu tu, Cikza duduk di kerusi belakang. Kekadang je jadi bos duduk depan.

Abah tengok cermin sisi, nampak lah Cikza main lompat-lompat kat tempat duduk belakang. Abah tanya ” lapar ke? ” tapi CIkza senyap tak bercakap tapi dalam masa sama sambung main lompat-lompat. Kereta pun semakin laju kelajuan terasa macam berat di belakang. Abah layan lagu macam biasa. Cuma tak sedap di hati tu memang ada. Cuma dia mampu tengok cermin tengah. Serius memag nampak Cikza melompat-lompat dalam kereta, sampai terasa kereta tu bergoyang.

Bila bertanya, tapi tak dijawab, cuma renung tajam dan sambung bermain. Lastly, abah kuatkan semangat toleh belakang, tengok-tengok rupanya Cikza sedang enak dibuai mimpi. Memang nampak Cikza tengah tidur, Tapi hati abah tertanya-tanya siapa yang abah tegur waktu tu. kenapa kereta jadi berat? kenapa kereta bergoyang-goyang seolah nampak Cikza bermain di sudut belakang? siapakah gerangannya si kecik yang duduk belakang yang jugak abah tegur tu?

Bila sahih, Cikza sedang tidur, terus abah berhenti tepi jalan. istighfar banyak-banyak. Baca ayat kursi, dan teruskan perjalanan seperti biasa. Kereta pulak semakin ringan di bawa, dan Cikza pun abah pindahkan tidur di kerusi depan. tapi bila diingatkan semula, abah memang sehingga harini kalau nak pandu jauh, memang fobia takut, perlukan seorang teman yang menemani sepanjang pemanduan ke satu destinasi di tuju.


Volkwagen Kuning

14362705_10209302311128460_1275454994309266018_o

Sinopsis

VOLKSWAGEN KUNING

Mengisahkan sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah yang dalam perjalanan unrtuk pulang ke kampung halaman Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka kemalangan, dan Sarah telah mengalami pelbagai perubahan, Kerana semuanya gara-gara VOLKSWAGEN KUNING !!!! 

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah tidak mengalami sebarang kecederaan. Raudhah, kakakSarah ingin membawa pulang beliau ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan, dan tanpa diduga, rupanya Sarah telah membawa pulang “sesuatu’  bersama. Apakah tu?

Trailer 

VOLKSWAGEN KUNING 


Tampil Elegan Bersama Oppo F1s

fb_img_1474163305708

#OppoF1s adalah penaja rasmi utama contest anjuran #hyebro #volkswagenkuning, ramai kawan-kawan Cikza yang guna jenama Oppo, katanya sesuai untuk mereka yang suka #selfieexpert. Di yakini kesahihannya memang gambar cantik, kamera pun ok nice. Kalau menang memang rezeki. Tapi korang kalau nak jugak menang seperti Cikza, jom join contest anjuran bro framestone ni.. rugiiii kalau tak join.!

Cara Nak Join Contest? Hurry! Cepattt!

Klik Join Contest Blogger Volkswagen Kuning 

Masa terhad je tau! Mana yang ada idea tu! Haaaa sila jadi robocop sepantans mungkin..


8 thoughts on “Kisah Seram | Misteri Kanak-Kanak Tanpa Suara dan Volkswagen Kuning”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge